Showing posts with label ingatan. Show all posts
Showing posts with label ingatan. Show all posts

June 01, 2012

The Road Taken

Jalan hidup takkan pernah lurus, pasti ada salah.. Lewati segalanya.. Tapi Tuhan..tak pernah berhenti.. Membuka jendela maaf untuk kita.. ~Jalan Masih Panjang-Edcoustic~

manusia,penuh dengan khilaf. tiada yang sempurna kerana sempurna itu hanya milik DIA. tapi ketidaksempurnaan itu bukan sebab untuk terus-terusan berbuat salah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Seorang mukmin itu tidak akan disengat kala pada lubang yang sama sebanyak dua kali.”
mungkin salah itu terbuat kerana jahilnya dia. maka,bantu lah. itu yang selayaknya. bukan menghukum,bukan juga mentafsir.dia perlukan kebenaran.

semua orang buat silap.sedangkan nabi yang maksum itu pun bangun malam memohon ampun dari DIA,inikan pula kita yang masih terumbang ambing mencari dalam dunia yang sudah kehabisan usia.

Kata Hilal,
Semua orang punya kesalahan masing-masing. Ada dosanya masing-masing. Bezanya hanyalah pada level berbuat dosa.
Ada orang mungkin berbuat dosa kerana kejahilannya. Ada orang berbuat dosa dalam keadaan sudah mengetahui dan menyedarinya.

Contoh yang mudah, level seorang ulama’ yang berzina dengan seorang rakyat jalanan yang berzina, sudah pastinya tidak sama, bukan?

Seorang ulama’ dalam keadaan dia sudah mengetahui hukum hakam, mengetahui halal dan haram, sudah tentulah sesuatu yang berat jika dia terlibat dalam dosa-dosa besar yang dia sendiri sudah mengetahuinya.

Seorang rakyat jalanan, yang barangkali Allah pun tidak pernah dikenalinya, maka dosa zina yang dilakukannya itu walaupun berat, tetapi sebenarnya tidak sama berat dengan dosa zina yang dilakukan oleh ulama’ yang lebih mengetahui daripada dirinya tadi.

Maka, tidak padanlah kalau kita menghukum semua orang dengan amal yang kita nampak secara zahir itu saja. Kita tidak pernah tahu keadaan hatinya bagaimana.

Barangkali, dia inginkan kepada kebenaran. Cuma tidak ada yang menunjuk dan membimbingnya menyebabkan dia jauh daripada kebenaran dan terjatuh dalam dosa.

Makanya,muhasabahlah diri. Hidup ini perlu dirancang. walaupun Allah punya rencanaNya sendiri,kita sebagai hamba perlu juga merancang. perlu berusaha untuk ikhtiar hidup agar nanti tawakal pada DIA tak terasa berat.  Bersama manusia, ada masa. Masa ini tidak akan dapat dikembalikan. Kurang mujahadah dalam muhasabah dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama, maka dia telah kehilangan masa-masanya yang berharga.
 Allah SWT berfirman : “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.” (Surah Al-Asr, ayat 1-2)

Inilah kerugian yang nyata. “Katakanlah : Sesunggguhnya orang yang rugi itu adalah mereka yang merugikan diri mereka dan keluarga mereka di akhirat.” (Surah Az-Zumar, ayat 15)


Bukankah dunia ini ladang akhirat? Di sini kita menanam, di sana kita menuai? Maka rugi di sini, maka di akhirat sana juga menanti hasilan kerugiannya. Bagaimana? Hendak mewujudkan dua mata ini dalam kehidupan? Atau memilih untuk tidak melakukan apa-apa peningkatan?

June 29, 2009

anak kecil itu juga punya hati

fuhh. penatnye keje ari nie. stay kat tadika sampai nk dkt pkul 8 sbb ada bdk tadika yg transit lmbt balik. so,kena la tggu sampai last person balik,bru la sye leh balik. penat,tp enjoy sbb i've chance to met people wit different behaviour. esp budak2. seronok bila ada ngah diorg. penat tu jgn ckp la. mmg penat tp best. sye sgt suke kanak2. kalau diberi pilihan,keje kat pejabat besar ngan gaji besar dgn jga budak dgn gaji x sebesar mana,i rather pilih tadika. spjg 2 bln bcuti,itulah keje ku saban hari. i'm enjoying every single day of my life as a kindergarden teacher. hehe.
today's story,sorg budak nie namanye azhari yusri. sedang kami bercerita tentang nabi muhammad dan sejarahnye,tetibe die bgn dan berkata
"cikgu,atuk sye dah meninggal. saya rindu kat atuk saya" "
then,suddenly he started to crying and he said,
"macam mana saya nk jadi budak baik nie. saya nak jadi budak baik sbb atuk saye tengok sye kat syurga. saya nk masuk syurga ngan atuk saye."
hes only 5 years old and understands life so much. maybe kite yg dah lama menetap kat bumi Allah nie x pernah pun rasa camtu kan. so,after that,he try to be a good boy walaupun sbnrnye die la antra budak yg plg x reti nk duk diam dlm tadika tu. he made me think about life. bagaimana Allah dah tetapkan hidup mati kita,pejalanan hidup kita. kita x tahu apa yg terhidang sehingga kita nampak apa yg dihidangkan. so,think about it my friend

2358
desa anggerik

*still think about my decision

April 06, 2009

disuatu ketika...

Bismillahirrahmanirrahim...
kisah ini sepatutnya diceritakan semalam
tapi malangnya masa tidak mengizinkan
maka, hari ini bru sempat untuk ditulis
cerita ini bermula ketika aku dlm pejlanan nk balik UM dr rumah
hajat macam nk naik bus je,then jalan dr library ke 4th
tp dek kerana hari sudah jauh malam dan hujan pula
aku mengambil keputusan untuk menaiki teksi sahaja
dah dapat teksi,pakcik tu tnya
>nak g kolej bape
>>nk g kolej 4
dan kami meneruskn perjalanan ke kolej tu
dlm pjlnn,pakcik tu sibuk ckp pasal election 7 april nie
mcm2 la die ckp, tp ana x amik perhatian pun
sbb x minat pun ngan politik2 nie
pakcik tu bwk slow je, nape ntah
saje je kot
pastu tetibe pakcik nie tegur
katanya
>pakcik dh lama x masuk um nie
>ade yg berubah
pastu ana ckp la
>>a’ah
>>ade yg berubah
>>ade susur gajah (laluan berbumbung tu la)
pastu tetibe pakcik tu kate
>haa,tgk la. kalau BIRU memerintah
>kamu leh dpt sume nie
>ape lg yg kamu nk mintak
>asyik tau wat bantahan je
>x reti nk bsyukur
pastu ana ckp la
>>pakcik,susur gajah nie duit student
>>kitorg yg byr yuran untuk sume kemudahan nie
>>ape kaitan ngan BIRU pulak
pastu pakcik tu diam
then,die sambung lagi
>aish,mane cukup duit student wat sume nie
ana tnye lagi
>>nape pakcik,BIRU ade bg ape2 ke untuk buat sume nie
then,pakcik tu x tau nk ckp pe dah
then,ana sambung
>>pakcik,saya x kisah BIRU ke,HIJAU ke,BIRU MUDA ke
>>yang penting saye nak negara nie aman
>>sistem x kucar kacir
>>selamat untuk diduduki
>>Malaysia nie cantik dah,tp tcemar dah sket ngan anasir2 jahat nie
>>nak jugak rase Malaysia tanpa politik wang nie
>>nie PM bru pun tkenal ngan politik wang tu
>>camne negara nak maju
>>kitorg wat protes sbb kitorg nk tegakkn ape yg betul
>>bukan saje2 nk protes
huhu,abis nk kuar sume emosi kat situ
pastu ana mintak maaf kat pakcik tu kalau2 ade tkasar bhs ngan die
then,die ckp
>lpas nie kalau anak dah grad jd lawyer,hakimlah seadil2nya
>jgn berat sebelah hanya kerana die berbeza fahaman agama,politik dan sebagainye
pastu ana ckp la
>>pakcik,sye amik kos sains je
huhu,pakcik tu senyum lg n kate
>>gaya dah mcm lawyer je,asyik nk bangkang je

ana hanya mampu tersenyum......

October 26, 2008

ingatan buat diri yang sering lupa...


bila KEKUATAN dipohon, Alllah beri kita rintangan untuk dihadapi. Bila KEBIJAKSANAAN dipohon, Allah beri MASALAH untuk diselesaikan. Bila KASIH ALLAH dipohon,Allah beri DUGAAN untuk dihadapi dan setiap yang dipohon pasti akan DIUJI supaya lebih dekat dengn-Nya....

 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design