July 07, 2011

manusia pelik

ok


dulu bukan main haramkan BERSIH buat kat KL sbb mengancam ketenteraman la,nanti ekonomi negara jatuh sebab pelancong tak boleh pi shopping kat KL dan macam-macam lagi.


sekarang,semua jalan kat KL tutup,shopping complex pun tutup,ape pun tak boleh.


hah,sekarang ada lagi orang nak bantah KL tutup? dah macam cuti umum dah Malaysia nie buat untuk BERSIH nie. cayalah BERSIH




Tuntutan Bersih 2.0 :
  1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media Yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor

July 04, 2011

perihal cuti

update jalan-jalan

1. haramain
keyword = SABAR
serius,itu je yang aku belajar sepanjang 12 hari 10 malam aku jadi tetamu Allah. sabar dengan kerenah pakcik-pakcik imigresen yg aku sendiri tak pasti berapa kali kitorg kena cek macam-macam la.manusia. sabar dengan ujian [ tu sudah mestilah kan. Allah sayang aku,tu yang Dia bagi aku ujian banyak2 supaya aku sentiasa datang dekat kat Dia untuk minta penyelesaian]. bayangkan aku kena habiskan tawaf kat tingkat satu,which is keluasan dia lebih kurang macam padang bola juga la sambil tolak wheelchair sambil racing dengan pak-pak arab yang tolak wheelchair sama dengan aku. tapi tahniah untuk adik-adik aku yang bsama-sama bjuang untuk habiskan 7 kali tawaf tu. semoga Allah menganjari husna dengan auni dengan sebaik-baik ganjaran. tapi sekarang,sumpah aku rindu rumah itu. betapa terasa kerdilnya aku dihadapan Tuhanku nanti. Ya Allah,rahmatilah kami dan berilah keampunan kepada kami. semoga aku dan mereka masih lagi punya daya dan punya waktu untuk datang menjadi tetamuMU ya Allah.

2. PERSIS
stands for Perkampungan Siswa Siswi Ikram Selangor. kira macam summer camp la. haa,ingat kat oversea je ke ada summercamp. ^_^. ok,sangat superb. jumpa pula dengan mereka-mereka yang sangat awesome. belajar macam-macam,kongsi macam-macam. nanti buat post lain pasal PERSIS nie,ingatkan ye! tapi overall,superb gila habis.

3. SABAH
Agak-agak dalam 2 minggu kat PERSIS,rehat sehari,terus terbang pi sabah. so,basically tak unpack apa-apa. campak-campak je. sini keja jadi babysitter [ asal,x percaya?] kerja tetap setiap kali cuti sem. basically,kerjanya jadi supir untuk umar abdul aziz dengan muhammad umair dengan khadijah. pick them from school,send them to sekolah agama,bawa dorg g kedai [jajan!!] tapi untuk hari nie extra special sikit sebab semua ada kat rumah [ umar cuti sebab larian 1 malaysia,muhammad dgn khadijah cuti sebab umar cuti. LOL] oh lupa,ada lagi sorg yg perlu dibabysit. fatimah,1 tahun. hoh,memang terasa gila macam mak orang hari nie. i have to deal with every single one of them. memang penat tapi bebaloi2 wa ckp lu. dapat la belajar skill parenting sikit2. persediaan keatas baitul muslim kata sesetengah orang [^_^]

jadi,itu dulu untuk sekarang. sabah dah satu hari hujan,non stop. doakan tak banjir. nanti sambung lagi.

AM : Dahsyat gila media buat perhimpunan dengan BERSIH 2.0. cuci habis pemikiran orang-orang yang selama nie x paham pun BERSIH tu apa dan kenapa. moga Allah bersama orang-orang yang benar....

June 27, 2011

cakap

jangan bicara soal keluarga kalau hubungan dengan dengan Allah pun tunggang langgang
jangan bicara soal pernikahan,soal keluarga kalau hubungan dengan keluarga sendiri pun lintang pukang
jangan bicara soal politik kalau hubungan dengan masyarakat pun renggang
pemikiran manusia yang hipokrit terletak pada perkataan dan percakapannya,tapi pemikiran seorang yang cerdik terletak pada perbuatannya.
jadi jangan sekadar cakap tapi tak merubah apa-apa. 
jika kamu cukup kuat,maka ubahlah dengan tanganmu.


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. ( Muhammad,ayat 7 )



June 16, 2011

hackers

stay up semata-mata nak belek portal-portal kerajaan yang mana telah di hack. 

June 13, 2011

unwell

Demam. sebab
1. perubahan cuaca. Haramain sgt panas,Malaysia sejuk
2. terlalu fikirkan sesuatu yang Allah dah tetapkan dalam Luh Mahfuz lagi. sabar Asma',Allah sudah sediakan rencanaNya,tak perlu difikirkan selalu. sekarang,kan da demam

jadi,update Haramain masih belum dapat dijalankan. harap maaf. doakan saya lekas sembuh. tak sabar rasanya mahu diceritakan apa yang berlaku diatas dua tanah haram itu
 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design