February 08, 2012

Love and Hate

Manusia dan cinta. Itu lumrah. Aku juga manusia.
Aku juga punya hati untuk merasa dan punya akal untuk berfikir. Untuk aku yang diberi tarbiyah,aku banyak belajar.

Cinta DIA itu yang paling utama. 


Untuk mereka yang lain,mungkin cinta manusia itu mudah.
Tapi bukan aku. Kerana hati ini dirasakan cinta DIA itu sangat penting. Maafkan aku wahai kamu kerana tidak mudah menerima. Bukan memilih,tapi diri ini perlukan kamu yang dekat dengan DIA. Bukan menghakim,bukan juga mentafsir. DIA juga yang menjadikan cinta dan mencampakkan cinta. Tapi jika DIA tidak mengizinkan,intan permata laut bergelora pun takkan dapat mengubah segala. Aku masih punya cinta. Tapi cinta ini ku harapkan dijatuhkan pada kamu yang punya cinta pada DIA.

Jika kamu pasti cinta kamu dapat memberikan Cinta DIA, maka aku dengan redha terima. Tapi jika cinta kamu hanya untuk kamu dan bukan untuk DIA,maaf. Aku mencari redha DIA. perjalanan hidup ini mengajar aku meletakkan DIA dahulu sebelum kamu. Kisah silam yang berlaku mengajar aku memilih cinta. Maafkan aku wahai kamu. Semoga kamu sentiasa dalam jagaan DIA.

Ya Allah,jika benar dia yang terbaik untukku dalam menegakkn agamaMu,maka permudahkanlah. Tapi jika dia bukan pemilik cinta,hantarkan dia jauh dariku dan permudahkan urusan dia dalam mencari cintaMu.
posted from Bloggeroid

January 06, 2012

Back

Hidup kadang kalau terasa tidak adil. Ada yang merungut,ada yang menangis. Tapi Allah kan dah janji ujian untuk hamba yg disayangiNya? Aku hambaNya dan aku.bersyukur atas ujianNya. Aku juga bersyukur punya abah untuk menguat,punya ummi untuk memeluk,punya adik untuk menyatu,punya sahabat untuk menyentuh. Sesungguhnya semua itu punya Allah dan aku sangat beruntung dapat meminjam semua itu dari Dia. Sekalung penghargaan untuk mereka. Ikhwah akhawat K-UM yg sentiasa menyabar menyantun,adik2 MHi yg hebat,MHi 09 yg osem. MHi 10 yg mengajar erti dewasa. Abg K,kak asma',cik filzah,petak riang kak anfaal, bulatan gembira farhana. Saat ini sangat rindu kalian. Terima kasih

December 05, 2011

sapu sawang

last entry 1 syawal. skrg dah 9 muharram. lamanya rumah nie tak berpenghuni. sapu sikit-sikit. hajat dihati masih mahu menulis. banyak lagi yang perlu dikongsi. tunggu misi seterusnya.

September 01, 2011

Eid Mubarak

wishing all my muslim reader



cerita hari raya. nantilah. intipati raya : mati itu pasti

giving up

salam and hi to all my readers. [ceh,mcm ade je org nk baca blog aku time raya nie]

mood menulis dah mai. tapi bukan nak cerita pasal raya,bukan nak cerita pasal merdeka. tu boleh hold. besok lusa pun boleh cerita lagi. sekarang cerita hati. tulus dari hati.
persoalan yang biasa dikala umur 23 tahun.

" hang xnak kawin lagi ka?"
"kamu xkn la xde yg bkenan dihati?"
"asal balak kau x teman g jln2 nie?"

tipu lah kalau aku takde perasaan untuk berdua,berkasih cintaan. tipu. aku pun manusia. mahu dicintai dan mencintai. aku mencari dan dicari. tapi setakat nie takde yang bkenan dihati. serius. bukan memilih. tapi lelaki itu bukan untuk aku seorang,tapi untuk anak-anak,untuk generasi akan datang.

tapi bila irama ini bertalu,aku amat tersentuh. amat sangat.



Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya 

sering kali hati ini mengalah,putus asa. kadang kala menangis sendiri.  kadang2 aku kaget. tapi bila difikirkan,untuk apa semua perasaan itu? Allah ada untuk aku dan aku selalu lupa itu. ramadan kali ini banyak mengajar aku tentang itu. aku akui,aku bukan insan seperti mereka. luaran sahaja sudah terbukti. tapi itu bukan syarat yg aku tidak ingin menjadi seperti mereka. cuma kadang kala negatif itu terlalu kuat untuk dipositifkan. ramadan yang ku rindui. percaya atau tidak,syawal itu ku pandang enteng. maafkan aku syawal. diari cinta ku bersama ramadan baru bermula. syawal itu satu kemenangan. tp bukan untk aku. masih banyak yang perlu aku lakukan utk kemenangan ini. ISTIQAMAH. aku sangat teringin itu. Tuhan yg maha mengasihi,bantu hambaMU ini. lemah. patah. payah. aku damba cinta. dan sekarang aku amat dambakan cintaMU. rindu Muhammad.
 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design