June 27, 2011

cakap

jangan bicara soal keluarga kalau hubungan dengan dengan Allah pun tunggang langgang
jangan bicara soal pernikahan,soal keluarga kalau hubungan dengan keluarga sendiri pun lintang pukang
jangan bicara soal politik kalau hubungan dengan masyarakat pun renggang
pemikiran manusia yang hipokrit terletak pada perkataan dan percakapannya,tapi pemikiran seorang yang cerdik terletak pada perbuatannya.
jadi jangan sekadar cakap tapi tak merubah apa-apa. 
jika kamu cukup kuat,maka ubahlah dengan tanganmu.


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. ( Muhammad,ayat 7 )



June 16, 2011

hackers

stay up semata-mata nak belek portal-portal kerajaan yang mana telah di hack. 

June 13, 2011

unwell

Demam. sebab
1. perubahan cuaca. Haramain sgt panas,Malaysia sejuk
2. terlalu fikirkan sesuatu yang Allah dah tetapkan dalam Luh Mahfuz lagi. sabar Asma',Allah sudah sediakan rencanaNya,tak perlu difikirkan selalu. sekarang,kan da demam

jadi,update Haramain masih belum dapat dijalankan. harap maaf. doakan saya lekas sembuh. tak sabar rasanya mahu diceritakan apa yang berlaku diatas dua tanah haram itu

May 28, 2011

nilai cinta

Untuk kamu yang bakal ku tinggalkan. Jaga diri elok-elok. Jangan risau. Allah akan jaga saya macam Allah jaga kamu. Saya tunggu berita gembira dari kamu bila saya pulang ya. Sayang kamu,rindu kamu,cinta kamu dan moga Allah redha atas kamu,atas kita dan atas semua hamba-hambaNya.

andainya kau menghayati
sejarah cinta yang sejati
pasti akan kau memahami
pesonanya bukanlah mimpi

kasih Rahmah tak bertepi
tika suami ditandang duga
rahsia tulus rindu Zulaikha
sabar menanti dalam setia
harapan menjelma

pasti jua(tiada lagi) hatimu akan bersilang tanya
wujudkah lagi cinta tanpa dusta dan nista
menafikan pepatah, cinta itu buta

sesungguhnya keimanan
yang menuntun langkah cinta
menuju redha
dilingkari keikhlasan
yang bersulam kejujuran
pasti akan terserlah kemurnian cinta

ingin aku mengulangi
sejarah cinta yang suci
bersamamu insan terpilih
menzahir makna cinta sejati
tak sekadar mimpi


May 25, 2011

......................

countdown : 4 hari

sepatutnya masa ini,aku sudah tenang. tenang dari manusia,tenang dari masalah. aku bakal bertemu dengan kekasih hati,pemilik nyawa. aku bakal bertandang ke rumahnya. sepatutnya perasaaan itu adalah perasaan yang bagus,perasaan yang gembira. tapi aku masih gundah gulana.sekali lagi,hatiku diuji. Allah,sungguh cinta itu sgt susah untuk dicari. dan benar,selagi aku gagal mencintaiMU sepenuh hati ku,cinta yang Kau beri itu tidak akan hadir dalam hidupku. aku rindu masa sibuk,kerana kala itu aku tidak akan terfikirkan ini.

sahabat,mohon didoakan agar hati ini tabah. kerana sekarang ini hati ini punah,hancur bak kaca yang pecah. hati ini sudah tidak tertanggung perit. hati ini sakit. dan sedang cuba diubati dengan ayat-ayat cintaNya. aku rindu usrah. aku rindu kekuatan mereka. aku rindu.
 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design