
semua orang punya cita-cita
semua orang punya impian
begitu juga aku
cuma setakat mana cita-cita dan impian itu
dapat ditunaikan
bergantung kepada empunya diri
dimana ada kemahuaan
Allah akan tunjukkan jalan
cuma kadang-kadang
manusia tersasar haluannya
mungkin kerana disangkakan
haluannya itu benar
tapi sebenarnya cuma ujian
yang diturunkan Pencipta
kepada hamba-Nya
yang benar-benar mencari
redha Penciptanya