Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

May 23, 2011

bulan mei

Wah! pejam celik,dah dua minggu aku cuti. Bulan mei penuh dengan suka duka. Sukanya sebab saya dilahirkan dalam bulan ini dan dukanya sebab peperiksaan akhir pun dalam bulan ini juga. Dan dalam dua minggu tu macam-macam berlaku. Terima kasih kepada insan-insan yang mengisi hidupku.

Sushi king
Terima kasih kepada yang membayar. Cadangnya cuma nak makan lamb chop kat kampung baru tapi rupanya kedai tu Cuma buka time malam. Jadi,ke KLCC nak makan aiskrim tapi rupanya kedai tu dah tutup. Alih-alih,ke sushi king sebab mereka sangat suka. Saya tak suka,tapi sebab kan mereka nak treat birthday,ikut sajalah. (tak sedap….Cuma ada sejenis dua yang boleh masuk dalam tekak. Ye,saya tekak orang kampung)


Usrah
yang ini memang tak boleh tinggal. saya ada dua usrah. Satu dengan remaja. Satu lagi dengan adik-adik IMR. Yang dengan remaja tu,sekali dengan adik-adik sekolah rendah dengan sekolah menengah. Best gila wa cakap lu. Sebab bergaul dengan adik-adik nie rasa diri muda sentiasa dan kita ada peluang untuk sampaikan ilmu kita pada generasi akan datang.kalau usrah dengan adik-adik IMR nie pun best sgt,sebab boleh x bayangkan bila engineer jumpa doktor(sort of la). Best sangat!! Ahad lepas,kitorg buat usrah yang terakhir sebelum adik-adik nie semua balik kampung. Ada lagi yang akan bertemu semester depan tapi ada juga yang dah kena posting. Best sebab dapat surat cinta. 9 keping semuanya.. best tak tahan wa cakap. 

Nangis kot baca. Depa kata saya suka senyum. Pelik,sebab saya bukan orang yang suka senyum sebenarnya. Tapi bila ada dengan depa,memang sangat best. Usrah kan keluarga,dan saya sangat gembira dengan keluarga saya. Moga ukhuwwah yang terjalin adalah untuk selamanya,insyaallah….^_^

Konvo
Nie makcik tersayang saya. Dia lah yang mengheret saya ke konvo. Konvo sangat bosan okeh. Sangat lama( tu sebab utama kenapa bosan). Nasiblah exam dah habis time tu,and hati tengah murni nak teman nenek tersayang( saya kan cucu tersayang…^_^). Tahniah la makcik sebab dah dapat segulung ijazah setelah 3 thn setengah dan 5 setengah menunggu. Bila mau belanja??

Umrah
Insyaallah kalau masih diberi nafas,satu keluarga termasuk nenek sebelah abah dan nenek sebelah ummi akan pergi sekali bersama-sama dengan rombongan pakcik-pakcik dan makcik-makcik kawan-kawan abah dan ummi. Sebelum pergi dah dapat task: kena jaga nenek. No hal lah!!. Doakan ya semoga segalanya dipermudahkan. Kami akan berangkat 30 mei jam 1 tgh hari (kot!)

Tu je kot buat masa nie. Macam dah penat bebel. Oh ya,dalam cuti nie dapat hobi baru. Baca novel. Haa,baru habis
i.                    Untuk kamu Teja Aulia
ii.                 [tunas]
iii.               aA +bB
dapat pulak terjemah tafsir Al-quran per kata. Terima kasih abah!!
So,macam mana dengan cuti korang pula?? 

March 18, 2011

ahmad nabil hafiz

kau,
kawan,
teman,
sahabat,
kekanda...
kau AHMAD NABIL HAFIZ


aku rindu kamu. rindu ucapanmu,rindu kata-katamu
rindu alunan suaramu tatkala kau bisikkan ayat-ayat cinta PENCIPTA kita
aku rindu saat kau ada tika ku butuh teman bicara
aku rindu senyumanmu dikala aku menangis mengenangkan kehidupan ini
aku rindu tawamu diwaktu kita berkongsi suka duka dunia
aku rindu peribadimu yang amat menenangkan ku
aku rindu segala-galanya tentang aku dan kamu
tentang indahnya sahabat


tapi kini kau pergi
tika aku amat butuh kamu
moga kau tenang disana
sesungguhnya PENCIPTA kita amat sayangkan kamu
aku akan sentiasa menyayangi kamu dan merindui kamu
kerana kamu sahabat terbaikku
aku doakan kamu bahagia diSANA
izinkan aku untuk meminjamkan kekuatanmu 
untuk aku teruskan hidup dan kuat untuk hadapi semua ini


sekarang
aku menangis semahu-mahunya
kerana aku masih belum cukup kuat untuk terima semua ini
maafkan aku kerana tidak sekuat kamu sahabat


 Ya Allah,berikanlah kekuatan untuk aku
untuk menerima suratan yang telah KAU tetapkan untuk aku dan dia
tempatkanlah dia disamping para syuhada' 
sesungguhnya KAU MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

June 28, 2010

what a great week!!

insan-insan ini telah mengembirakan hatiku tatkala hati ini masih dirundun sedih perpisahan


 auni,my sister yg da nk g smbg study kat sabah n my makcik amirah yg best!!

shahida n husna n nisa



ummi,thanks sbb pcaye kat akk utk bwk keta tu...time kasih byk2 sgt2...

shahid n maariah

thanks 2 mayyah yg teman akk drive g walimah abg k n tunjukkn jln g KUIS...thanks a lot my dear!! thanks gak kat madihah sbb belikn tiket utk kitorg. duit x bg lg kot...huhu


abah,time kasih byk2 sbb pcaye kat akk utk bwk adik2 pi KUIS yg da nk smpi N9 tu pastu smpai rumah pkul 2 pagi.dan utk adik ahmad hidayat....xde kate2 yg boleh mengambarkan betapa tharunya sye dengan kamu..thanks untuk segala-galanya

Last but not least,congratulations utk pakcik Khairul Fadhli Ismail ngan makcik Samihah Mohd Nor. semoga bahtera yang bakal dilayar menuju ke destinasi dengan jayanya...insyaallah

thanks guys for an awesome week...semoga ukhuwwah yang terjalin menguatkan tautan hati kita insyaallah.selamat berjuang adik2ku,ingatlah Allah sentiasa bersama2 dengan kita,wahai mujahid muda...^_^





 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design