December 05, 2011

sapu sawang

last entry 1 syawal. skrg dah 9 muharram. lamanya rumah nie tak berpenghuni. sapu sikit-sikit. hajat dihati masih mahu menulis. banyak lagi yang perlu dikongsi. tunggu misi seterusnya.

September 01, 2011

Eid Mubarak

wishing all my muslim reader



cerita hari raya. nantilah. intipati raya : mati itu pasti

giving up

salam and hi to all my readers. [ceh,mcm ade je org nk baca blog aku time raya nie]

mood menulis dah mai. tapi bukan nak cerita pasal raya,bukan nak cerita pasal merdeka. tu boleh hold. besok lusa pun boleh cerita lagi. sekarang cerita hati. tulus dari hati.
persoalan yang biasa dikala umur 23 tahun.

" hang xnak kawin lagi ka?"
"kamu xkn la xde yg bkenan dihati?"
"asal balak kau x teman g jln2 nie?"

tipu lah kalau aku takde perasaan untuk berdua,berkasih cintaan. tipu. aku pun manusia. mahu dicintai dan mencintai. aku mencari dan dicari. tapi setakat nie takde yang bkenan dihati. serius. bukan memilih. tapi lelaki itu bukan untuk aku seorang,tapi untuk anak-anak,untuk generasi akan datang.

tapi bila irama ini bertalu,aku amat tersentuh. amat sangat.



Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya 

sering kali hati ini mengalah,putus asa. kadang kala menangis sendiri.  kadang2 aku kaget. tapi bila difikirkan,untuk apa semua perasaan itu? Allah ada untuk aku dan aku selalu lupa itu. ramadan kali ini banyak mengajar aku tentang itu. aku akui,aku bukan insan seperti mereka. luaran sahaja sudah terbukti. tapi itu bukan syarat yg aku tidak ingin menjadi seperti mereka. cuma kadang kala negatif itu terlalu kuat untuk dipositifkan. ramadan yang ku rindui. percaya atau tidak,syawal itu ku pandang enteng. maafkan aku syawal. diari cinta ku bersama ramadan baru bermula. syawal itu satu kemenangan. tp bukan untk aku. masih banyak yang perlu aku lakukan utk kemenangan ini. ISTIQAMAH. aku sangat teringin itu. Tuhan yg maha mengasihi,bantu hambaMU ini. lemah. patah. payah. aku damba cinta. dan sekarang aku amat dambakan cintaMU. rindu Muhammad.

July 31, 2011

penggal kelima


angin pagi menghembuskan nafasnya kala diri ini masih mati. setelah dihidupkan kembali,cahaya matahari memancarkan sinarnya. esok dia datang. dan aku harap aku bersedia. kisah lalu biarkan berlalu. mungkin aku yang terlalu berpegang harap pada manusia yang sering lupa pada janjinya. harapku disandarkan pada DIA yg tak pernah lupa pada janjiNYA. aku cuma manusia penuh khilaf. dan moga esok yang datang mengajarku menjadi insan yang menepati ikrar pada Rabb nya.  ahlan wa sahlan ya Ramadan. moga hari esok yang dilalui penuh kelazatan. aku ingin menjadi insan yang sempurna di sisi Rabb nya walaupun hakikatnya tiada yang sempurna. Ya Rabb,hamba datang padaMU,kuatkan aku dan lindungi aku dari putus asa,kurniakan aku ilham untuk aku berjuang di bumi yang kau pinjamkan.


July 13, 2011

T_T

During 709
a group of Malay friends were lifting up the gate infront of tong shin hospital and shouted : 'bagi cina lalu dulu!'

During 709
an indian was shielding a malay who was falling down from the water cannon and yelled
:' cepat lari,i takleh tahan lama nie!'

During 709
a chinese was giving out his one and only face mask to a malay couple who was paralyzed by teargas although his eyes were hardly open and breath.

a thousand of malaysians have withnessed these.

this is the beauty of malaysia.
Malaysia.
this is my land, and this is our land



Ya Allah,kurniakan lah perpaduan untuk kami. wahai Tuhan yang Maha Pengasih,bukakanlah hati mereka untuk menerima agama MU agar nanti aku dan mereka dan berada bersama-sama didalam syurga MU. wahai Tuhan yang maha penyayang,tetapkan lah hati kami dalam agamaMU dan berikanlah kami kekuatan untuk membawa umat manusia kejalan yang diredhai olehMU


AM : speechless

July 09, 2011

syabas

reformasi=pembaharuan.
BERSIH nak kan pembaharuan dalam sistem pilihan raya supaya jadi bersih dan adil.
 jadi,salah ke guna perkataan reformasi?
 satu lagi,kenapa x bagi je guna stadium? xpyh susah2 suruh polis jaga semua jalan. nie x bg stadium,jadi kejalan la hala mereka
so,jgn lah nak tunding jari kat siapa2 @ apa2.
cakap nak pungpang je

syabas buat mereka-mereka yang berjuang. semoga Allah menganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

AM : berjuang disini

July 07, 2011

manusia pelik

ok


dulu bukan main haramkan BERSIH buat kat KL sbb mengancam ketenteraman la,nanti ekonomi negara jatuh sebab pelancong tak boleh pi shopping kat KL dan macam-macam lagi.


sekarang,semua jalan kat KL tutup,shopping complex pun tutup,ape pun tak boleh.


hah,sekarang ada lagi orang nak bantah KL tutup? dah macam cuti umum dah Malaysia nie buat untuk BERSIH nie. cayalah BERSIH




Tuntutan Bersih 2.0 :
  1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media Yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor

July 04, 2011

perihal cuti

update jalan-jalan

1. haramain
keyword = SABAR
serius,itu je yang aku belajar sepanjang 12 hari 10 malam aku jadi tetamu Allah. sabar dengan kerenah pakcik-pakcik imigresen yg aku sendiri tak pasti berapa kali kitorg kena cek macam-macam la.manusia. sabar dengan ujian [ tu sudah mestilah kan. Allah sayang aku,tu yang Dia bagi aku ujian banyak2 supaya aku sentiasa datang dekat kat Dia untuk minta penyelesaian]. bayangkan aku kena habiskan tawaf kat tingkat satu,which is keluasan dia lebih kurang macam padang bola juga la sambil tolak wheelchair sambil racing dengan pak-pak arab yang tolak wheelchair sama dengan aku. tapi tahniah untuk adik-adik aku yang bsama-sama bjuang untuk habiskan 7 kali tawaf tu. semoga Allah menganjari husna dengan auni dengan sebaik-baik ganjaran. tapi sekarang,sumpah aku rindu rumah itu. betapa terasa kerdilnya aku dihadapan Tuhanku nanti. Ya Allah,rahmatilah kami dan berilah keampunan kepada kami. semoga aku dan mereka masih lagi punya daya dan punya waktu untuk datang menjadi tetamuMU ya Allah.

2. PERSIS
stands for Perkampungan Siswa Siswi Ikram Selangor. kira macam summer camp la. haa,ingat kat oversea je ke ada summercamp. ^_^. ok,sangat superb. jumpa pula dengan mereka-mereka yang sangat awesome. belajar macam-macam,kongsi macam-macam. nanti buat post lain pasal PERSIS nie,ingatkan ye! tapi overall,superb gila habis.

3. SABAH
Agak-agak dalam 2 minggu kat PERSIS,rehat sehari,terus terbang pi sabah. so,basically tak unpack apa-apa. campak-campak je. sini keja jadi babysitter [ asal,x percaya?] kerja tetap setiap kali cuti sem. basically,kerjanya jadi supir untuk umar abdul aziz dengan muhammad umair dengan khadijah. pick them from school,send them to sekolah agama,bawa dorg g kedai [jajan!!] tapi untuk hari nie extra special sikit sebab semua ada kat rumah [ umar cuti sebab larian 1 malaysia,muhammad dgn khadijah cuti sebab umar cuti. LOL] oh lupa,ada lagi sorg yg perlu dibabysit. fatimah,1 tahun. hoh,memang terasa gila macam mak orang hari nie. i have to deal with every single one of them. memang penat tapi bebaloi2 wa ckp lu. dapat la belajar skill parenting sikit2. persediaan keatas baitul muslim kata sesetengah orang [^_^]

jadi,itu dulu untuk sekarang. sabah dah satu hari hujan,non stop. doakan tak banjir. nanti sambung lagi.

AM : Dahsyat gila media buat perhimpunan dengan BERSIH 2.0. cuci habis pemikiran orang-orang yang selama nie x paham pun BERSIH tu apa dan kenapa. moga Allah bersama orang-orang yang benar....

June 27, 2011

cakap

jangan bicara soal keluarga kalau hubungan dengan dengan Allah pun tunggang langgang
jangan bicara soal pernikahan,soal keluarga kalau hubungan dengan keluarga sendiri pun lintang pukang
jangan bicara soal politik kalau hubungan dengan masyarakat pun renggang
pemikiran manusia yang hipokrit terletak pada perkataan dan percakapannya,tapi pemikiran seorang yang cerdik terletak pada perbuatannya.
jadi jangan sekadar cakap tapi tak merubah apa-apa. 
jika kamu cukup kuat,maka ubahlah dengan tanganmu.


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. ( Muhammad,ayat 7 )



June 16, 2011

hackers

stay up semata-mata nak belek portal-portal kerajaan yang mana telah di hack. 

June 13, 2011

unwell

Demam. sebab
1. perubahan cuaca. Haramain sgt panas,Malaysia sejuk
2. terlalu fikirkan sesuatu yang Allah dah tetapkan dalam Luh Mahfuz lagi. sabar Asma',Allah sudah sediakan rencanaNya,tak perlu difikirkan selalu. sekarang,kan da demam

jadi,update Haramain masih belum dapat dijalankan. harap maaf. doakan saya lekas sembuh. tak sabar rasanya mahu diceritakan apa yang berlaku diatas dua tanah haram itu

May 28, 2011

nilai cinta

Untuk kamu yang bakal ku tinggalkan. Jaga diri elok-elok. Jangan risau. Allah akan jaga saya macam Allah jaga kamu. Saya tunggu berita gembira dari kamu bila saya pulang ya. Sayang kamu,rindu kamu,cinta kamu dan moga Allah redha atas kamu,atas kita dan atas semua hamba-hambaNya.

andainya kau menghayati
sejarah cinta yang sejati
pasti akan kau memahami
pesonanya bukanlah mimpi

kasih Rahmah tak bertepi
tika suami ditandang duga
rahsia tulus rindu Zulaikha
sabar menanti dalam setia
harapan menjelma

pasti jua(tiada lagi) hatimu akan bersilang tanya
wujudkah lagi cinta tanpa dusta dan nista
menafikan pepatah, cinta itu buta

sesungguhnya keimanan
yang menuntun langkah cinta
menuju redha
dilingkari keikhlasan
yang bersulam kejujuran
pasti akan terserlah kemurnian cinta

ingin aku mengulangi
sejarah cinta yang suci
bersamamu insan terpilih
menzahir makna cinta sejati
tak sekadar mimpi


May 25, 2011

......................

countdown : 4 hari

sepatutnya masa ini,aku sudah tenang. tenang dari manusia,tenang dari masalah. aku bakal bertemu dengan kekasih hati,pemilik nyawa. aku bakal bertandang ke rumahnya. sepatutnya perasaaan itu adalah perasaan yang bagus,perasaan yang gembira. tapi aku masih gundah gulana.sekali lagi,hatiku diuji. Allah,sungguh cinta itu sgt susah untuk dicari. dan benar,selagi aku gagal mencintaiMU sepenuh hati ku,cinta yang Kau beri itu tidak akan hadir dalam hidupku. aku rindu masa sibuk,kerana kala itu aku tidak akan terfikirkan ini.

sahabat,mohon didoakan agar hati ini tabah. kerana sekarang ini hati ini punah,hancur bak kaca yang pecah. hati ini sudah tidak tertanggung perit. hati ini sakit. dan sedang cuba diubati dengan ayat-ayat cintaNya. aku rindu usrah. aku rindu kekuatan mereka. aku rindu.

May 23, 2011

bulan mei

Wah! pejam celik,dah dua minggu aku cuti. Bulan mei penuh dengan suka duka. Sukanya sebab saya dilahirkan dalam bulan ini dan dukanya sebab peperiksaan akhir pun dalam bulan ini juga. Dan dalam dua minggu tu macam-macam berlaku. Terima kasih kepada insan-insan yang mengisi hidupku.

Sushi king
Terima kasih kepada yang membayar. Cadangnya cuma nak makan lamb chop kat kampung baru tapi rupanya kedai tu Cuma buka time malam. Jadi,ke KLCC nak makan aiskrim tapi rupanya kedai tu dah tutup. Alih-alih,ke sushi king sebab mereka sangat suka. Saya tak suka,tapi sebab kan mereka nak treat birthday,ikut sajalah. (tak sedap….Cuma ada sejenis dua yang boleh masuk dalam tekak. Ye,saya tekak orang kampung)


Usrah
yang ini memang tak boleh tinggal. saya ada dua usrah. Satu dengan remaja. Satu lagi dengan adik-adik IMR. Yang dengan remaja tu,sekali dengan adik-adik sekolah rendah dengan sekolah menengah. Best gila wa cakap lu. Sebab bergaul dengan adik-adik nie rasa diri muda sentiasa dan kita ada peluang untuk sampaikan ilmu kita pada generasi akan datang.kalau usrah dengan adik-adik IMR nie pun best sgt,sebab boleh x bayangkan bila engineer jumpa doktor(sort of la). Best sangat!! Ahad lepas,kitorg buat usrah yang terakhir sebelum adik-adik nie semua balik kampung. Ada lagi yang akan bertemu semester depan tapi ada juga yang dah kena posting. Best sebab dapat surat cinta. 9 keping semuanya.. best tak tahan wa cakap. 

Nangis kot baca. Depa kata saya suka senyum. Pelik,sebab saya bukan orang yang suka senyum sebenarnya. Tapi bila ada dengan depa,memang sangat best. Usrah kan keluarga,dan saya sangat gembira dengan keluarga saya. Moga ukhuwwah yang terjalin adalah untuk selamanya,insyaallah….^_^

Konvo
Nie makcik tersayang saya. Dia lah yang mengheret saya ke konvo. Konvo sangat bosan okeh. Sangat lama( tu sebab utama kenapa bosan). Nasiblah exam dah habis time tu,and hati tengah murni nak teman nenek tersayang( saya kan cucu tersayang…^_^). Tahniah la makcik sebab dah dapat segulung ijazah setelah 3 thn setengah dan 5 setengah menunggu. Bila mau belanja??

Umrah
Insyaallah kalau masih diberi nafas,satu keluarga termasuk nenek sebelah abah dan nenek sebelah ummi akan pergi sekali bersama-sama dengan rombongan pakcik-pakcik dan makcik-makcik kawan-kawan abah dan ummi. Sebelum pergi dah dapat task: kena jaga nenek. No hal lah!!. Doakan ya semoga segalanya dipermudahkan. Kami akan berangkat 30 mei jam 1 tgh hari (kot!)

Tu je kot buat masa nie. Macam dah penat bebel. Oh ya,dalam cuti nie dapat hobi baru. Baca novel. Haa,baru habis
i.                    Untuk kamu Teja Aulia
ii.                 [tunas]
iii.               aA +bB
dapat pulak terjemah tafsir Al-quran per kata. Terima kasih abah!!
So,macam mana dengan cuti korang pula?? 

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/asmaamran

Je suis à la recherche de l'amour

Di luar, hujan mula menurunkan cintanya pada bumi tuhan. Hijau biru ciptaanNYA. Aku cuma hamba yang tak punyai apa-apa, menagih kasih pada Maha Pencipta. Masih sendiri memikirkan nasib diri yang entah bila bakal dijemput kembali. Mengenang diri yang sudah tidak punya daya kalau bukan dengan izin dariNYA. Masih mencari erti hidup yang entah bila akan dijumpai. Nota cinta buat ku sudah diberi sejak dulu lagi. Nota cinta untuk DIA? Aku tidak pasti. Yang aku perlu, yang aku mahu, ditunaikan. Sekarang, aku mencari satu cinta yang entah bila sudahnya. Mungkin cinta ini jauh dari ku kerna cinta padaNYA pun aku masih tak tercapai. Aku punah, aku haru. Mana hujungnya cinta ini, aku sendiri tidak tahu. DIA cinta aku, tapi aku? Ya Rabbi, maafkan hambaMu ini. Kepingin mahu mencari cinta manusia, tapi cinta padaMU aku biarkan sahaja walaupun Kau selalu kirimkan cintaMU padaku. Ya Rabbi, kuatkan aku menghadapi cinta ini agar aku kuat untuk mencintai dia dalam kasih dan redhaMU. Wahai kekasih hati, terima kasih atas kasih sayang dan cintamu. Moga DIA cinta dan redha keatas kita. Moga kita dipertemukan atas cintaNYA. Wahai kekasih hati, cintailah DIA sepenuhnya dan cintaiku sekadarnya. Aku sentiasa disisi untuk dirimu dan DIA juga sentiasa menjaga kita. Dari itu, jagalah dirimu dan silalah bertebaran dibumi tuhan untuk mencari rahmatNYA. Aku disini akan menunggu dengan setia. Maafkan aku jika aku tidak seperti Khadijah, tidak sepetah Aisyah dan tidak sekuat Asma’. Aku Cuma insan biasa yang punya satu cinta, satu hati dan satu jasad. Moga Allah redha, dan moga mereka juga redha kerana itu yang sangat-sangat aku perlukan untuk meniti usia ku dengan mu.
 Wahai pemilik nyawaku, jika aku tidak lagi memberi faedah dibumiMu ini, matikanlah aku dan temukan aku dengan Allah dan Rasulku. Ampuni khilaf dan salahku, terimalah taubatku dan tempatkan aku dalam kalangan insan-insan yang Kau kasihi.
 Jika cinta itu tidak ku temui, damaikanlah hatiku Ya Rabbi.

Aku tahu inilah cintaMu
Aku tahu inilah kasihMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu


written on sunday,22 may 2011,2323

May 19, 2011

kita berbeza


Jika Tuhan mahu Dia boleh cipta
Kita semua sama langsung tiada yang berbeza
Tapi sebaliknya dia ciptakan
Tiap manusia pelbagai perbezaan
Sebagai ujian buat kita semua
Tinggal kita cari hikmahnya ada di mana
Moga jumpa jalan sebenar untuk ke sana
Kita sering tak sama
Rupa paras, minat, citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza
Kau suka ini dan itu
Aku mahu begini begitu
Banyak sisi dalam hidup
Yang kita berbeza
Dan itu semua
Tak semesti bisa jadi
Konflik yang membarah
Jika kita bisa tuk memahami
[Chorus]
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidupmu lebih warna warna
Jika perbezaan kita hargai
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidup berseri bak mentari
Jika kita semua bisa mengerti
Kita tak pernah sama
Rupa paras, minat, citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza
[Brigde]
Dan bila diuji
Keteguhan kita miliki
Sejauh manakah
Kita sinergikan kepelbagaian
[chorus]
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dengan lain
Hidup lebih warna warni
Jika perbezaan kita hargai
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dengan lain
Hidup berseri bak mentari
Jika kita semua bisa mengerti

May 18, 2011

the One

Life is full of suprises. It really does. Sometimes life can be so meaningful and sometimes we wish the moment never happen to us because life can be so hurtful. It happens to me all the time. And I thank Allah for those moments because the moment of pain and sorrow teach me how to be a human with feelings.
Ok, Allah creates us in pairs, right? Everyone will have their partners so that they will complete each other. It’s everyone dreams of finding their soulmate. It’s a universal quest. All over the world millions of people are looking for their true love, that one special person with whom they will spend the rest of their life.
And I’m no different.
Except it doesn’t happen for everyone. Some people spend their whole life searching for the ‘one’. As for me, the first love goes to Allah, who created me with such a perfect measurement. And sometimes I forget to show my love to Allah, neglect the ‘suruhan’ and always repeat the same mistake. Forgive me ya Allah for not being a good servant. Friends, do remind me constantly, please.
As for my other love, I don’t know. Absolutely no idea. When people ask me about marriage,all I can say is,” x jumpa jodoh lg” @ “x sempat nak fikir” @ just smile. Frankly, I’m tired to fall in love, I really do. Everytime I meant someone that I tought would be my other half,after a while I get to know him,I realize he’s not for me. I can read people’s mind (thank you Allah for this awesome gift, alhamdulillah). So, even I don’t talk @ see the person, I can always predict what’s the behaviour, what happen to his/her life before, and so much more. So, sometimes even he shows his good side, I always know what his not so good side is. And sometimes I pretend to ignore it and hoping he’s not behaving like what I predict. But then, it happens. And I get frustrated and sad.
Someone ones said to me; “you will always find the wrong person before you find the right one because Allah wants to test your patience and your ‘pergantungan diri’ towards HIM. And when you are ‘redha’ with all the wrong one, Allah will give you the right people that will stay with you till death do you apart”.
So guys,wish me luck on finding what’s right for me. Semoga Allah redha….
           

May 06, 2011

kadang-kadang,kita kna paksa diri kita buat benda yg kita tak suka. sebab kadang-kadang benda yg kita tak suka tu la yg sebenarnya terbaik utk kita.



alhamdulillah,masih diberi peluang bernafas dan memperbaiki diri. syukur masih punya waktu utk aku buktikan aku bukan sampah yang Allah jadikan utk cemarkan bumi tuhan,tapi sebaliknya memakmurkan. terima kasih atas doa dan ucapan kalian. amat-amat perlukan disaat diri terdesak untuk mencari erti hidup. 




baik,ke cerita asal. aku bukan seorang yang sukakan perubahan. kind of yg suka stick to the same routine. [teruk] kalau berubah pun,bukan sikit2,terus 360 darjah [ye,aku bukan org yg sabar]. tapi hari ini,aku terima perubahan itu. and like i said,Sometimes, we forced ourselves bound for the things we do not like to do, because sometimes the things that we do not like things are the things that are really best for us. terima kasih kepada yang memaksa,terima kasih kepada yang membayar dan terima kasih kepada yang menunggu dengan penuh sabar.




Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.[2:216]







p/s : selamat menghadapi peperiksaan pada mereka. usaha sudah,ikhtiar sudah,sekarang berserah dan bertawakal semoga Allah berikan yg terbaik utk kita setimpal dengan usaha dan ikhtiar kita. jika apa yang kamu dapat tidak seperti yg kamu mahu,maka bersyukurlah kerana Allah masih sygkan kamu dan kerana itu kamu diuji...senyumlah..^_^



April 21, 2011

cakap banyak pun tak guna

maaf kalau bahasanya kasar


manusia,memang fitrahnya penuh dengan angan dan cita-cita. 


contoh,pilihan raya. masa ini,peruntukan memang senang je nak dapat. masuk kampung ni,bagi ribu2. masuk program sana,bagi juta2.janji macam2,tapi bila habis. janji cuma janji


bukan nak mengata,bukan nak mengeluh. tapi itulah manusia. jarang sekali berjumpa dengan manusia yang berpegang pada janjinya. macam " once in a blue moon"


aku juga pernah punya angan,punya janji. dan pernah juga aku mungkiri. baik dengan PENCIPTA (astagfirullah), dengan manusia ( maaf ). tapi aku sesal akan itu,sungguh. aku tak sempurna,tapi aku berusaha menjadi sempurna di mata PENCIPTAKU. DIA menciptakanku daripada berjuta-juta sel yang diberikan,semestinya aku sangat istimewa dipandanganNYA


cakap banyak pun tak guna kalau diri sendiri cuma pandai berkata-kata tapi tidak mampu melakukan apa yang dikatanya. cakap banyak pun tak guna. " action speaks louder than words". tak payah nak gebang macam-macam kalau pengecut. do it or leave it. kadang-kadang menyampah juga rasa bila banyak mulut berkata tapi tangan-tangan yang bergerak tidak sebanyak mulut yang bergerak. ada hikmah kenapa Allah jadikan mulut itu satu dan tangan itu dua.



Everybody wants to change the world
But no one, no one
Wants to die





April 16, 2011

incomplete

Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu







aku : jatuh cinta? mungkin tidak pada masa ini

April 08, 2011

aku tak kuat

lemah. itulah aku. 


meskipun pada jasadnya aku mungkin mampu,tapi aku tak mampu.
putus asa?aku hampir ke arah itu. 
teman,aku pohon kekuatan...



"Wahai sekalian manusia, kamu semua mengharapkan kepada Allah, sedangkan Allah s.w.t itu Maha Kaya (dari meminta kepada kamu)"
-Surah Fathir:ayat 15-


March 18, 2011

ahmad nabil hafiz

kau,
kawan,
teman,
sahabat,
kekanda...
kau AHMAD NABIL HAFIZ


aku rindu kamu. rindu ucapanmu,rindu kata-katamu
rindu alunan suaramu tatkala kau bisikkan ayat-ayat cinta PENCIPTA kita
aku rindu saat kau ada tika ku butuh teman bicara
aku rindu senyumanmu dikala aku menangis mengenangkan kehidupan ini
aku rindu tawamu diwaktu kita berkongsi suka duka dunia
aku rindu peribadimu yang amat menenangkan ku
aku rindu segala-galanya tentang aku dan kamu
tentang indahnya sahabat


tapi kini kau pergi
tika aku amat butuh kamu
moga kau tenang disana
sesungguhnya PENCIPTA kita amat sayangkan kamu
aku akan sentiasa menyayangi kamu dan merindui kamu
kerana kamu sahabat terbaikku
aku doakan kamu bahagia diSANA
izinkan aku untuk meminjamkan kekuatanmu 
untuk aku teruskan hidup dan kuat untuk hadapi semua ini


sekarang
aku menangis semahu-mahunya
kerana aku masih belum cukup kuat untuk terima semua ini
maafkan aku kerana tidak sekuat kamu sahabat


 Ya Allah,berikanlah kekuatan untuk aku
untuk menerima suratan yang telah KAU tetapkan untuk aku dan dia
tempatkanlah dia disamping para syuhada' 
sesungguhnya KAU MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

March 12, 2011

a tie to a past,a road to the future




love of my life


permata hati...abang umar,abang muhammad and kakak khadijah
miss them so much...doakan mereka selamat di sabah....


kecik2 gaduh,,,tapi bila dah besar,rindu sgt mereka2 ini....cik lawyer,cik 'ocean',cik 'wakil rakyat' dan cik puan 'business admin'


budak bertuah nie...semoga menjadi ustaz ye


best friend forever...they are da only person that i love the most besides my family...we can share almost everything,doing silly things together,sharing secret about life...sisterhood...love u guys so damn much...


‎'sabarlah menunggu,
janji Allah kan pasti,
hadir tuk datang,
menjemput hatimu...'

 ‎'sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati...'





March 09, 2011

mencari kekuatan

"Kita adalah teman baik kita sendiri. Hanya kita yang tahu apa yang kita mahu, apa yang kita rasa, apa yang kita inginkan. Hanya kita dan Allah yang tahu kebolehan dan kelemahan kita di mana. Hanya kita dan Allah yang tahu bagaimana perasaan kita. Hanya kitalah yang paling memahami diri kita sendiri."

"Oleh itu, hanya kita yang boleh memujuk diri kita sendiri, memberi kekuatan kepada diri kita sendiri, orang lain boleh mendengar masalah kita, kemudian berkata bahawa mereka memahami lukanya perasaan kita, tapi hakikatnya, apa yang kita rasa, apa yang kita lalui selama kita hidup, apa yang kita impikan, lipatan sejarah hidup kita, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu."

"Justeru, carilah kekuatan yang ada dalam diri, pujuklah diri sendiri. Beri semangat kepada diri kita sendiri, jangan berharap kepada orang lain, takut kelak kita akan kecewa. Bisikkan kepada diri kita sendiri bahawa kita mampu mengharungi setiap dugaan dengan izin Allah, bermohon dan merayulah kepada Allah. Berdirilah di atas kaki sendiri"

qoute from mencari kekuatan


February 01, 2011

untuk dia


Bismillahirahmanirahim,

Ya ALLAH,

Temukanlah aku seorang suami yang akan menjadi sebahagian dari hidupku. Seorang yang sungguh mencintaiMU lebih dari segala sesuatu. Seorang yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau. Seorang suami yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMU.

Aku tidak meminta seorang yang sempurna, Namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMU. Seorang suami yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya. Seorang suami yang membuatkan doaku untuk kehidupannya. Seseorang yang membuatkan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya. Seseorang yang membuatkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta: Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat,suami itu bangga. Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekedar cintaku. Berikanlah SifatMU yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMU bukan dari luar diriku. Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya. Berikanlah aku penglihatanMU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja. Berikan aku mulutMU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat menbuatnya bahagia setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi. dan slalu meberikan semangat untuknya

 Aku mengetahui bahwa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu dan saat yang Kau tentukan. Kau maha mengetahui suami terbaik untuk diriku, keluargaku, agamaku sama ada ada dunia dan akhirat.. Temukanlah segera pasangan hidupku..suamiku. .bakal bapa utk anak2 ku kelak..Jangan biarkan aku keseorang menjalani hidup ini..sesungguhnya kau maha mengasih lagi maha penyayang.. 




 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design