September 01, 2011

Eid Mubarak

wishing all my muslim reader



cerita hari raya. nantilah. intipati raya : mati itu pasti

giving up

salam and hi to all my readers. [ceh,mcm ade je org nk baca blog aku time raya nie]

mood menulis dah mai. tapi bukan nak cerita pasal raya,bukan nak cerita pasal merdeka. tu boleh hold. besok lusa pun boleh cerita lagi. sekarang cerita hati. tulus dari hati.
persoalan yang biasa dikala umur 23 tahun.

" hang xnak kawin lagi ka?"
"kamu xkn la xde yg bkenan dihati?"
"asal balak kau x teman g jln2 nie?"

tipu lah kalau aku takde perasaan untuk berdua,berkasih cintaan. tipu. aku pun manusia. mahu dicintai dan mencintai. aku mencari dan dicari. tapi setakat nie takde yang bkenan dihati. serius. bukan memilih. tapi lelaki itu bukan untuk aku seorang,tapi untuk anak-anak,untuk generasi akan datang.

tapi bila irama ini bertalu,aku amat tersentuh. amat sangat.



Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya 

sering kali hati ini mengalah,putus asa. kadang kala menangis sendiri.  kadang2 aku kaget. tapi bila difikirkan,untuk apa semua perasaan itu? Allah ada untuk aku dan aku selalu lupa itu. ramadan kali ini banyak mengajar aku tentang itu. aku akui,aku bukan insan seperti mereka. luaran sahaja sudah terbukti. tapi itu bukan syarat yg aku tidak ingin menjadi seperti mereka. cuma kadang kala negatif itu terlalu kuat untuk dipositifkan. ramadan yang ku rindui. percaya atau tidak,syawal itu ku pandang enteng. maafkan aku syawal. diari cinta ku bersama ramadan baru bermula. syawal itu satu kemenangan. tp bukan untk aku. masih banyak yang perlu aku lakukan utk kemenangan ini. ISTIQAMAH. aku sangat teringin itu. Tuhan yg maha mengasihi,bantu hambaMU ini. lemah. patah. payah. aku damba cinta. dan sekarang aku amat dambakan cintaMU. rindu Muhammad.
 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design