kau,
kawan,
teman,
sahabat,
kekanda...
kau AHMAD NABIL HAFIZ
aku rindu kamu. rindu ucapanmu,rindu kata-katamu
rindu alunan suaramu tatkala kau bisikkan ayat-ayat cinta PENCIPTA kita
aku rindu saat kau ada tika ku butuh teman bicara
aku rindu senyumanmu dikala aku menangis mengenangkan kehidupan ini
aku rindu tawamu diwaktu kita berkongsi suka duka dunia
aku rindu peribadimu yang amat menenangkan ku
aku rindu segala-galanya tentang aku dan kamu
tentang indahnya sahabat
tapi kini kau pergi
tika aku amat butuh kamu
moga kau tenang disana
sesungguhnya PENCIPTA kita amat sayangkan kamu
aku akan sentiasa menyayangi kamu dan merindui kamu
kerana kamu sahabat terbaikku
aku doakan kamu bahagia diSANA
izinkan aku untuk meminjamkan kekuatanmu
untuk aku teruskan hidup dan kuat untuk hadapi semua ini
sekarang
aku menangis semahu-mahunya
kerana aku masih belum cukup kuat untuk terima semua ini
maafkan aku kerana tidak sekuat kamu sahabat
Ya Allah,berikanlah kekuatan untuk aku
untuk menerima suratan yang telah KAU tetapkan untuk aku dan dia
tempatkanlah dia disamping para syuhada'
sesungguhnya KAU MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG
2025, Its a wrap!
-
(Meskipun sebenarnya aku taip ni dah 2026, tapi anggap je lah ni end of
2025 punya end post ek! Too much distraction nowadays)How can I summarize
my 2025 e...
Kuala+Lumpur
0 comments:
Post a Comment