Manusia dan cinta. Itu lumrah. Aku juga manusia.
Aku juga punya hati untuk merasa dan punya akal untuk berfikir. Untuk aku yang diberi tarbiyah,aku banyak belajar.
Untuk mereka yang lain,mungkin cinta manusia itu mudah.
Tapi bukan aku. Kerana hati ini dirasakan cinta DIA itu sangat penting. Maafkan aku wahai kamu kerana tidak mudah menerima. Bukan memilih,tapi diri ini perlukan kamu yang dekat dengan DIA. Bukan menghakim,bukan juga mentafsir. DIA juga yang menjadikan cinta dan mencampakkan cinta. Tapi jika DIA tidak mengizinkan,intan permata laut bergelora pun takkan dapat mengubah segala. Aku masih punya cinta. Tapi cinta ini ku harapkan dijatuhkan pada kamu yang punya cinta pada DIA.
Jika kamu pasti cinta kamu dapat memberikan Cinta DIA, maka aku dengan redha terima. Tapi jika cinta kamu hanya untuk kamu dan bukan untuk DIA,maaf. Aku mencari redha DIA. perjalanan hidup ini mengajar aku meletakkan DIA dahulu sebelum kamu. Kisah silam yang berlaku mengajar aku memilih cinta. Maafkan aku wahai kamu. Semoga kamu sentiasa dalam jagaan DIA.

Ya Allah,jika benar dia yang terbaik untukku dalam menegakkn agamaMu,maka permudahkanlah. Tapi jika dia bukan pemilik cinta,hantarkan dia jauh dariku dan permudahkan urusan dia dalam mencari cintaMu.
posted from Bloggeroid
0 comments:
Post a Comment