September 21, 2008

bonus ramadhan...


Pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar....

“Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 1-5).

Salah satu malam 10(ada yang berpendapat 7) terakhir Ramadan adalah malam Lailatul Qadar. Saya masih ingat semasa kecil, ibu saya akan menceritakan tentang keajaiban malam Lailatul Qadar ini. Katanya, untuk mereka2 yang terpilih, akan dapat melihat semua tumbuhan2 dan pokok2 akan kelihatan sujud pada malam tersebut. Ini adalah tanda kesujudan kepada Allah SWT.

Mendengar cerita ibu saya itu, saya pun tertunggu-tunggu juga untuk kalau2 dapat menyaksikan apa2 yang aneh pada malam2 terakhir Ramadan. Selalunya pada masa2 begini, malam-malam saya dipenuhi dengan bermain bunga api diterangi api2 pelita yang kami pasang dari hadapan rumah sehingga ke pintu pagar. Sambil bermain2 di halaman rumah itu, saya akan menjeling2 ke langit dan memerhatikan pokok2 dengan harapan dapat melihat keajaiban Lailatul Qadar.

Sekarang setelah dewasa, barulah kita ketahui Lailatul Qadar ini sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT untuk menguji sejauh mana tahap amal ibadat kita seluruh Ramadan. Jika setiap tahun ditunjukkan Lailatul Qadar, maka manusia, terutama sekali yang "kiasu" macam rakyat Malaysia ini, tentu hanya akan "pulun" sembahyang, berdoa, berzikir, membaca Al Quran dan lain2 ibadat hanya pada satu malam itu sahaja. Malam lain, semua "relaks".

Adalah dikatakan bahawa setiap ibadat yang diterima pada malam itu, pahalanya akan digandakan sebanyak 29,500 kali berdasarkan gandaan seribu bulan. Ada juga perkiraan yang menunjukkan jika kita beribadat pada malam itu, seolah2 kita beribadat selama 83 tahun 4 bulan lebihkurang. Oleh kerana kita sekarang berada dalam 10 malam terakhir Ramadan tahun ini, janganlah melepaskan peluang ini untuk mengejar bonus Ramadan - Lailatul Qadar.

0 comments:

 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design