SALAM... ape khabar semuanya...??
harapnya sumenye sihat
td, ana berbual2 dgn seorg sahabat nie
die ni curious sgt nk tau pasal hamas dan fatah
ana nie dah la x pndai sgt nk explain
so, ana carikkn la artikel nie untuk die
harap2 die puas hati dgn penerangan ini
ana amik artikel nie dr web iluvislam.com
nah zharif, nie jwpn antara hamas dan fatah tu ye
>> APA yang berlaku di Gaza sekarang ada kaitan dengan kepelbagaian kegagalan usaha oleh Israel dan AS dalam menjatuhkan kerajaan Hamas dipilih rakyat. Laporan menyebut konflik terbaru Hamas-Fatah yang tercetus semula sejak dua minggu lepas adalah lahir daripada usaha kecundang AS dan rejim Israel menyisihkan Hamas daripada hati rakyat mereka.
Sebagaimana diketahui, rakyat Palestin telah memberikan kepercayaan dan undi kepada pihak yang diyakini boleh dan bersedia untuk mempertahankan hak mereka dan membebaskan tanah air yang terjajah, iaitu Hamas.
Fatah semakin dipersoal kerana hilang hala tuju perjuangan di samping lebih banyak dilihat menjayakan agenda Zionis atau lebih tepat lagi bersekongkol dengan aspirasi Zionis. Ini ditambah pula dengan pelbagai penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang melibatkan jutaan dolar AS.
Maka, pada hari pembuangan undi rakyat Palestin telah menghukum Fatah dan memberikan 'nyawa' mereka kepada Hamas, sekali gus memberi mandat kepada Hamas untuk membentuk PA menggantikan Fatah. Ini tidak menyenangkan Israel, Fatah dan AS.
Langkah pertama yang dilakukan oleh Hamas ialah mempelawa Fatah untuk turut serta dalam pembentukan kerajaan. Bagi Hamas, aspirasi rakyat Palestin adalah agenda besar yang sepatutnya didukung oleh seluruh warganya. Mereka tidak akan mengorbankan aspirasi nasional atas nama kepentingan parti atau kelompok yang sempit. Malangnya tawaran ini tidak bersambut dan Fatah lebih rela menjadi kelompok pembangkang.
Bagi menggugat kerajaan Hamas, AS melalui gabungan empat kuasa besar yang membentuk quartet iaitu AS sendiri, Kesatuan Eropah (EU), Rusia dan PBB telah mendesak Hamas dengan tiga syarat termasuk meneruskan rundingan damai dengan Israel yang telah diterajui oleh PA di bawah Fatah.
Keengganan Hamas untuk memperakui syarat-syarat ini telah menyebabkan rakyat Palestin menanggung sekatan ekonomi menyeluruh yang tidak pernah disaksikan oleh dunia. Tetapi sokongan tetap padu kepada Hamas. Ini tidak disukai Israel dan sekutunya.
Kegagalan pelbagai usaha untuk menggulingkan kerajaan pilihan rakyat ini telah mendorong AS dan Israel untuk bertindak melalui ejen-ejennya di kalangan rakyat Palestin. Dengan menyediakan habuan-habuan tertentu berupa biaya dan kuasa ejen-ejen ini bersedia untuk bersekongkol dan menjayakan pelan tindakan Israel.
Kegagalan pelbagai usaha untuk menggulingkan kerajaan pilihan rakyat ini telah mendorong AS dan Israel untuk bertindak melalui ejen-ejennya...
Di sinilah kelompok-kelompok tertentu di kalangan Fatah dipergunakan oleh Israel. Mahmud Abbas, Presiden PA memang dikenali sebagai orang kesayangan AS dan Israel kerana peranan pentingnya dalam menerokai usaha damai dengan Israel.
Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel tidak berselindung apabila beliau membuat kenyataan terbuka untuk menyokong Mahmud dalam menghadapi ancaman keselamatan daripada pihak Hamas. Malah Olmert pernah mengeluarkan kenyataan di London untuk membekalkan senjata kepada agensi keselamatan presiden yang diterajui oleh Fatah.
Kelompok bersenjata Fatah
Kelompok bersenjata Fatah inilah yang telah menimbulkan pelbagai kesukaran kepada kerajaan Hamas. Malah setelah terbentuknya kerajaan perpaduan Palestin ekoran perjanjian Mekah yang dicapai pada 9 Februari 2007, kumpulan-kumpulan bersenjata Fatah ini terus bermaharajalela di Gaza dengan mengadakan sekatan-sekatan jalan raya.
Mereka bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, bahkan melancarkan serangan dan membakar pejabat-pejabat kerajaan, menangkap pegawai Hamas malah melakukan pembunuhan ke atas musuh-musuh politik mereka.
Ismail Haniyeh
Keadaan ini menyebabkan kerajaan Hamas pimpinan Perdana Menteri Ismail Haniyeh menghadapi kesukaran untuk bertindak mengawal ketenteraman. Bahkan beliau turut menerima ugutan bunuh daripada puak-puak bersenjata yang diterajui oleh kumpulan Fatah.
Tindak-tanduk kumpulan pengganas ini turut menyukarkan inisiatif kerajaan untuk menyelesaikan isu penculikan ke atas wartawan Alan Johnston yang dilakukan oleh sebuah kumpulan bersenjata Palestin. Keadaan semakin meruncing apabila Mahmud melantik Muhammad Dahlan untuk mengetuai unit keselamatan.
Muhammad Dahlan
Muhammad juga tidak pernah berselindung dalam menzahirkan hasratnya untuk melihat kemusnahan Hamas. Keadaan inilah yang menyebabkan kerajaan perpaduan Palestin di bawah pimpinan Ismail mengambil keputusan untuk membersihkan jalan-jalan raya di Hamas daripada ancaman kumpulan-kumpulan bersenjata yang mengganggu ketenteraman awam.
Maka apa yang berlaku adalah operasi keselamatan untuk memulihkan keamanan dan mengembalikan ketenteraman awam. Ia bukan tindakan balas dendam yang digambarkan dalam media antarabangsa atau satu tindakan rampasan kuasa. Bagaimana mungkin sebuah kerajaan yang sah pilihan rakyat 'merampas kuasanya' sendiri.
Mahmoud Abbas
Perkembangan yang berlaku di Gaza telah memberi alasan bagi Mahmud untuk membubarkan kerajaan perpaduan Palestin dan membentuk kabinetnya yang baru. Tindakan ini jelas tidak sah dari segi perlembagaan kerana pembubaran kerajaan hanya boleh diputuskan melalui Parlimen yang dikuasai majoritinya oleh ahli-ahli Parlimen Hamas. Ismail membuat keputusan yang betul untuk tidak tunduk kepada keputusan Presiden.
Kerajaan yang sedia ada adalah kerajaan yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi sedangkan kabinet lantikan Mahmud tidak mendapat mandat rakyat. Malah Perdana Menteri lantikan Mahmud iaitu Salam Fayyed hanya memperoleh 2.4 peratus undi dalam pilihan raya legislatif Palestin pada tahun 2006.
Perdana Menteri Palestin Mahmoud Abbas, Presiden George W. Bush dan Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon
Namun apa yang penting tindakan Mahmud dan orang dilantik mendapat restu AS dan Israel. Sebaik sahaja Mahmud membubarkan kerajaan dan melantik kabinet yang baru, ucapan tahniah datang secara bertalu-talu daripada pentadbiran Washington dan Olmert. Kini jelaslah siapakah sebenarnya yang menjadi dalang sebalik semua peristiwa terkini di Gaza.
Ketika ini Israel yang tidak menyenangi apa yang berlaku di Gaza telah mengerahkan bala tenteranya yang terdiri daripada dua ketumbukan kereta kebal dan satu ketumbuhan tentera infantri sedang menunggu arahan untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas Gaza. Seramai 12,000 pejuang Hamas sedang bersedia menghadapi serangan yang bakal dilancarkan pada bila-bila masa.
Namun jika serangan ke atas selatan Lebanon pada tahun 2006 boleh dijadikan ukuran dan petunjuk, besar kemungkinan dan besar harapan penduduk dunia khususnya umat Islam, Israel akan mengulangi kesilapan besar dan bakal menanggung kekalahan jika mereka membuat perhitungan yang salah dengan menyerbu Gaza.
"Ya Allah.. Selamatkanlah umat Islam yang sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Kashmir, Iran, Iraq, Chechnya, Selatan Thailand, serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka."
"Amin, ya Rabbal A'lamin"
7 Habits of Highly Effective People
-
19 Disember 2024Ketika aku melihat-lihat 288 postingan yang tersimpan
didalam draf, aku terjumpa ini. Satu post yang sudah agak lengkap tetapi
tidak pernah...
0 comments:
Post a Comment