Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!
>Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?
>Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan ?
>Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah ,dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, " dia mesti dibebaskan! "
>Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?
>Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?
>Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... ...tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
>Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,dia dikenali sebagai seorang pengganas?
>Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!
>Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?
-1540-
di kamar sepi...
7 Habits of Highly Effective People
-
19 Disember 2024Ketika aku melihat-lihat 288 postingan yang tersimpan
didalam draf, aku terjumpa ini. Satu post yang sudah agak lengkap tetapi
tidak pernah...
0 comments:
Post a Comment