BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Pernahkah anda mendengar teori ini ?
I still remember this famous theory in high school,tought by Mr. Samsudin a.k.a cikgu sejarah saya. maaf cikgu,saya slalu tido dlm kelas tu. huhu. But this theory melekat dlm kepala nie sbb die de kaitan ngan politik (altough saye x suke sgt politik nie). Teori yang kononnya meramalkan siapa yang akan menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia,mengikut susunan huruf "RAHMAN" itu.
As R denotes for Rahman ie Tunku Abdul Rahman.A for Abdul Razak,H for Hussein Onn,and M for Mahathir.Likewise,subsequent A for Abdullah Badawi dan hari ini..teori "RAHMAN"terbukti dan disokong sekali lagi,dengan perlantikan Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-6,yang mengisi ruang huruf yang terakhir,yakni huruf N.
How coincidence!
Namun,ketahuilah bahawa di dalam dunia ini tiada yang berlaku kerana 'kebetulan' @ 'coincidence' semata-mata.Semuanya dalam lingkungan perancangan Allah Yang Maha Esa(25:2).Moga-moga kita semua terlindung daripada mempercayai perkara-perkara khurafat yang boleh merosakkan akidah Islam,ameen..
Quoting Abd Kadir Jasin:
Dengan suasana ekonomi dunia yang sangat muram dan ramalan ekonomi Malaysia yang negatif, tugas dan tanggungjawab Mohd Najid sangatlah berat.
Tidak seperti Abdullah yang mengambil alih ketika ekonomi teguh dan politik negara stabil, Mohd Najib mewarisi ekonomi yang lemah dan politik yang kucar-kacir.
Kalau Mohd Najib berjaya menstabilkan ekonomi, mengurangkan kesan kemelesetan ke atas rakyat jelata dan mengembalikan kewarasan politik, dia akan dikenang sebagai penyelamat.
Tidak ada Perdana Menteri sebelum ini yang mengambil alih pemerintahan dalam suasana yang serba tidak kena seperti yang akan terbeban di atas baju Mohd Najib.
Now I wonder, teori apa pula yang akan muncul selepas ini??
p/s : to pak lah,terima kasih di atas segala sumbangan Pak Lah yang membawa kebaikan dan kemajuan kepada masyarakat secara total.Saya yakin Allah akan membalas jasa dan pengorbanan Pak Lah dengan sebaik-baik ganjaran,inshaAllah..Kepada Dato' Seri Mohd Najib,tahniah dan takziah saya ucapkan.Semoga peralihan pucuk kepimpinan ini bakal membawa kebaikan. Yang tidak mahu kebaikan berlaku hanyalah penentang tegar Mohd Najib dan kerajaan yang dipimpinnya.
_1249_
_still wondering what happen to malaysia next_
_B313_
7 Habits of Highly Effective People
-
19 Disember 2024Ketika aku melihat-lihat 288 postingan yang tersimpan
didalam draf, aku terjumpa ini. Satu post yang sudah agak lengkap tetapi
tidak pernah...
0 comments:
Post a Comment