May 31, 2010

doa kami dikejauhan

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
sesungguhnya kami memohon Engkau
letakkan kami di tengkuk musuh-musuh kami,dan kami memohon perlindungan daripada kejahatan mereka,
Ya Allah Ya Tuhan Kami,Engkau seranglah mereka pada segenap penjuru,dan porak perandakanlah gagasan mereka,dan
keraskanlah arahan Engkau ke atas pendirian mereka,...
dan kucar kacirkanlah pergerakan mereka,

dan Engkau hantarlah anjing-anjingMu untuk menggempur Yahudi Laknatullah ini,
wahai tuhan yang Maha kuat, Perkasa dan Pembela,

ya Allah, ya Allah, ya Allah,
Wahai tuhan kami yang menurunkan kitab,yang menggerakkan awan,yang menghancurkan tentera ahzab,hancurkanlah mereka, dan menangkanlah kami ke atas mereka.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan kepada Mu,dan kami beriman dengan Mu,dan kami bertawakkal kepada Mu,dan kami menyanjung kepada Mu dengan kebaikandan kami tidak mengkufurkanMu.

Ya Allah hanya kepadaMu kami sembah,dan kepada Mu kami sembahyang dan sujud,untuk 
Mu kami berusaha.
Kami mengharapkan rahmat daripada Mudan kami takutkan azab Mu.
Sesungguhnya azab Mu yang beratsudah pasti terhadap golongan kuffar.
Ya Allah azablah golongan kuffar ahli kitab yang menghalangi jalanMu.

Ya Allah,padaMu kami meminta dan padaMu jua lah kami berharap
Amin Ya Allah 
Amin Ya Rahman
Amin Ya Rahim



lifeline4gaza

May 28, 2010

Kapal Kemanusiaan Gaza Di Kepung Israel Laknatullah


SHAH ALAM, 28 Mei: Keselamatan konvoi sembilan kapal kemanusiaan Gaza kini terancam ekoran sedang dikepung helikopter komando Israeldan cuba untuk merampas kapal tersebut.
Menurut Setiausaha Masjid Jamek Raja Tun Uda, Ustaz Nasaruddin Hasim yang menerima mesej dari sana berkata, ketika ini konvoi sedang berada di perairan Gaza dan jam 4.30 petang (waktu Malaysia) akan berhadapan dengan kapal Israel.
Beliau mengumumkan perkara itu sebaik selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda Shah Alam, lebih 500 anak jemaah mendirikan solat hajat memohon bantuan daripada Allah SWT.
Perkara ini disahkan oleh Naib Presiden Muslim Care, ZulkifliMohd Nani yang baharu sebentar menghubungi Harakahdaily; kini konvoi sedang berada dalam ancaman kerana segala kemungkinan boleh berlaku.
Untuk rekod, seramai 11 rakyat Malaysia turut berada di dalam kapal induk menyertai konvoi itu yang berlepas sejak semalam dari pelabuhan di Turki.
Mereka diketuai oleh Noorazman Mohd Samsuddin dari Haluan Palestin yang menjadi kordinasi utama wakil Malaysia, Dr Mohd Arba’ai Shawal, Dr S Muhamad Haleem S Hassan,  Dr Selamat Aliman, Jamuliddin Elias (Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia), Al Hami Husain Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad (Wakil Media) dan Abdul Halim Mohamed Redzuan (Muslim Care) dan tiga yang lain.
Dalam pada itu, Haluan Palestin di dalam blognya di bawah tajuk  Israel Mengesahkan Akan Menghalang Armada Bantuan Kemanusiaan Memasuki Gaza:
Kabinet politik Kerajaan Haram Israel memutuskan untuk mengarahkan tentera dan angkatan laut tidak membenarkan armada bantuan kemanusiaan terbesar atau “Freedom Flotilla” memasuki pantai Gaza dan mereka akan memastikan tidak ada sesiapa yang akan memasuki Gaza.
Sebaliknya Israel mengarahkan kumpulan hak asasi manusia dan aktivis yang mahu menghantar bekalan ke Gaza, mereka harus menghantar kargo mereka ke Israel untuk diperiksa dan “diluluskan.”
Setelah mengosongkan kargo di Israel, kapal harus belayar kembali ke tempat mereka berasal, begitulah arahan dari pemerintah zalim Israel.
 Tentera Israel dan tentera laut berkata bahawa mereka tidak akan membenarkan kumpulan bantuan kemanusiaan tersebut memasuki Gaza. Malahan jika perlu, kapal-kapal akan diambil alih oleh tentera Israel sekiranya kumpulan bantuan tersebut masih mahu memutuskan untuk meneruskan perjalanan mereka.
Kerajaan Israel menggambarkan perjalanan kapal-kapal menuju Gaza sebagai provokasi “yang tidak perlu.”
 Israel mengatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan tersebut adalah provokasi sementara pegawai tentera Israel yang bertanggung jawab atas Jaluran Gaza, Kolonel Moshe Levy, menyatakan bahawa tidak ada krisis di Gaza dan situasi di sana adalah “baik dan stabil.”
Israel mengatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan tersebut akan dibawa ke pelabuhan di Esdod “Asdod”  dan semua penumpang akan ditangkap.
Gerombolan kapal tersebut yang terdiri daripada sembilan kapal sarat dengan 10,000 ton bantuan kemanusiaan dan bahan bangunan di jangka akan tiba di perairan Gaza pada Hari Sabtu minggu ini.
Sementara itu, pihak Israel juga berusaha untuk menghalang hubungan internet dan satelit antara peserta konvoi dengan negara luar; sehingga kini halaman rasmi konvoi Malaysia,  http://www.lifeline 4gaza.org/ tidak dapat dikemaskini.
~~Ya Rabbi,padaMu kami berserah dan padaMu jua lah kami meminta. Bantulah insan-insan ini dalam menegakkan syariatMu dimuka bumi ini. Permudahkanlah segala urusan mereka...Engkau jualah sebaik-baik sandaran~~

May 25, 2010

iman itu isinya sabar


Tuhanku,Kau tahu bahawa hati ini sedang diuji. 
Wahai pemilik hati,hati yang Kau pinjamkan ini sedang dilukai
pedihnya hanya Kau sahaja yang tahu
dari itu Ya Rabbi,kuatkan aku
lindungiku dari syaitan putus asa dan hampa
Ya Allah, tabahkan hati ini dalam menempuh liku-liku kehidupan ini
ku pohon rahmatMU dalam aku meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba
Ya Rahim, kurniakan aku ketenangan hati 
Ya Alim, Engkau mengetahui aku perlu petunjuk dan hidayahMU
dalam aku menentukan hala tuju hidupku
Kurniakanku kesabaran dan ketabahan Ya Allah
Hanya padaMU aku berserah atas segalanya....


trip to change

kala ini,aku berada di awan biru. sedang menyusun langkahku ke bumi sabah yang pastinya menjanjikan seribu manfaat utk diriku,insyaallah.
aku mulakan pagi ini dengan dukacita
sbb:kne tinggal flight sbb lmbt check in. flight pkul 9,dtg pkul 8.30. gate bru je tutup. so,mmg dah xleh nak buat pe la.
solution:kne beli tiket baru that cost 3x dr harga tiket asal.
pengajaran:kalau naik flight,dtg sejam lebih awal dr waktu departure.
bebelan abah:change!!! tiket tu ley bagi mkn 4 bln utk seorg anak Gaza...T_T


akhirnya ku teruskan lagi perjalanan. alhamdulillah,segala2nya baik walaupun mmg byk sgt shaking mse dlm flight sbb hujan n byk angin. dikala ku sendiri,aku kenangkan kembali diriku. sungguh,aku hanya seorang hamba yang lemah. perlu banyak muhasabah dan pembetulan. Ya Rabbi,bantulah hambaMu ini. jangan biar ku terus hanyut dengan dunia yang bila2 masa shj akn hancur berkecai. hantarkan padaku insan-insan yang hatinya sentiasa dekat denganMU. agar aku boleh menjadi sebahagian dari golongan-golongan yang mendapat syurga Firdaus MU

ditulis dari penerbangan MH 0708
10.30 pagi,20 Mei 2010
sedang diatas laut China Selatan
32 000 feet above the sea

May 17, 2010

cry

Artist: James Blunt

I have seen peace. I have seen pain,
Resting on the shoulders of your name.
Do you see the truth through all their lies?
Do you see the world through troubled eyes?
And if you want to talk about it anymore,
Lie here on the floor and cry on my shoulder,
I'm a friend.

I have seen birth. I have seen death.
Lived to see a lover's final breath.
Do you see my guilt? Should I feel fright?
Is the fire of hesitation burning bright?
And if you want to talk about it once again,
On you I depend. I'll cry on your shoulder.
You're a friend.

You and I have lived through many things.
I'll hold on to your heart.
I wouldn't cry for anything,
But don't go tearing your life apart.

I have seen fear. I have seen faith.
Seen the look of anger on your face.
And if you want to talk about what will be,
Come and sit with me, and cry on my shoulder,
I'm a friend.
And if you want to talk about it anymore,
Lie here on the floor and cry on my shoulder,
I'm a friend.

May 10, 2010

kekhilafanku...


Ya Tuhanku,
Dalam perjalanan yang belum terhenti ini. Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda… Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan. Layakkah aku dalam rahmat-Mu… Di bawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu. Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati.
Wahai Tuhanku,
Ku merayu di malam hari. Menagih ampunan dan kasih sayang-Mu.
Wahai Tuhanku,
Rayuanku, terimalah daku… Sebagai hamba-Mu yang dalam lindungan-Mu setiap saat masa yang berlalu. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasih sayang-Mu Ya Rabbi.
Ya Allah,
Dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik di malam yang hening. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar. Mengharapkan doaku bertaut dalam restu-Mu.
Wahai Tuhanku,
Pencipta Kasih Sayang. Yang Memiliki Setiap Hati. Yang Maha Mengasihi. Kasih sayang yang luhur buat hamba-Mu.
Ya Rahman. Ya Rahim,
Kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cinta-Mu Ya Rahman. Rayuanku, janganlah kasih yang setitis di dalam hati ini, melalaikan daku dari mengingati-Mu. Pautkanlah daku pada cinta dan rahmat-Mu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi. Segala puji-pujian bagi-Mu Ilahi, ke atas semua nikmat-nikmat-Mu yang tidak terhitung.
Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah…


May 08, 2010

~~twenty two~~

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR

SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
UMUR YANG DIPINJAMKAN HARGAILAH
GUNAKAN UNTUK BERBAKTI DAN MENYEMBAH ALLAH
BILA DAPAT NIKMAT MALULAH DENGANNYA
BILA DAPAT UJIAN REDHOLAH DENGANNYA
BERSIAPLAH UNTUK PULANG PADANYA
HIDUP DI DUNIA SEBENARNYA TIPU DAYA






syukurku panjatkan hanya pada DIA selayaknya kerana masih memberikan kesempatan atas diri ini untuk terus meminjam nikmat yang tidak terhingga dibumi makmur ini. umurku hampir menjangkaui suku abad tapi adakah aku sudah menjalankan tugasku dimukabumi ini dengan menjadi khalifah yg akan terus memakmurkan bumi ataupun hanya sekadar tangan-tangan yang kotor yg tidak mampu berbuat apa2?? berikan ku kekuatan Ya RAbbi...


sepanjang hidupku ini,banyak nikmat yang DIA telah berikan padaku yang aku sendiri tidak pernah untuk terimpikan untuk menjadi kenyataan...terima kasih Ya Allah...




terima kasih ummi kerana melahirkan akak dan membesarkan akak dengan baik....you are the greatest mum!! 





terima kasih abah kerana sabar....i dont know how am i going to repay you... you are the best dad that i've ever had...





forgive me abah,ummi sebab akk banyak buat silap dgn abah and ummi...forgive me Ya Rabbi....atas kekhilafanku...aku hanya hambaMU yang lemah....

 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design