Tuhanku,Kau tahu bahawa hati ini sedang diuji.
Wahai pemilik hati,hati yang Kau pinjamkan ini sedang dilukai
pedihnya hanya Kau sahaja yang tahu
dari itu Ya Rabbi,kuatkan aku
lindungiku dari syaitan putus asa dan hampa
Ya Allah, tabahkan hati ini dalam menempuh liku-liku kehidupan ini
ku pohon rahmatMU dalam aku meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba
Ya Rahim, kurniakan aku ketenangan hati
Ya Alim, Engkau mengetahui aku perlu petunjuk dan hidayahMU
dalam aku menentukan hala tuju hidupku
Kurniakanku kesabaran dan ketabahan Ya Allah
Hanya padaMU aku berserah atas segalanya....
1 comments:
i love it~
Post a Comment