Orang kata,cinta itu indah
Penuh warna penuh corak penuh cahaya
Orang kata,cinta itu damai
Membuat tangis jadi tawa
Gundah jadi tenang
Lara jadi bahagia
Orang kata,cinta itu kuat
Bisa buat hati yang jauh jadi satu
Yang tak nampak di mata tapi selalu dalam jiwa
Tapi ada yang lupa
Cinta itu
Buat manusia gundah gulana
Risau apa yang tak nampak
Fikir pada mana yang tak rasa
Aku mengharapkan cinta
Seperti pelangi di hujung hujan yang basah
Tapi aku lupa
Dalam hujan ada petir dan guruh yang mengegar bumi
Yang buat jiwa kecil ketakutan
Jiwa kecil aku
Aku bimbang
Aku tak pasti
Aku yang celaru
Cinta untuk aku bagaimana
Kerana aku belum lagi mampu mengenal cinta
Sehingga lah kamu hadir dihujung pelangi itu
Ajarkan aku cinta
Ajarkan aku rindu
Ajarkan aku sabar
Ajarkan aku berserah
Bila nanti tiba masa pelangi yang kau bawa itu
Harus pergi
Ajarkan aku nanti
Bagaimana untuk mencintai mu
Kerana kamu pelangi yang aku tunggu dihujung hujan yang basah itu
Jika cinta yang aku mahu dari kamu
Membuatkan aku harus berlari ke hujung pelangi yang aku sendiri tak tahu di mana hujungnya
Akan aku cuba
Biarpun aku sendiri yang terkorban kerananya
Kerana itu jauh lebih mudah
Daripada aku harus menghadapi kehilangan kamu
Kamu yang aku tunggu
7 Habits of Highly Effective People
-
19 Disember 2024Ketika aku melihat-lihat 288 postingan yang tersimpan
didalam draf, aku terjumpa ini. Satu post yang sudah agak lengkap tetapi
tidak pernah...
0 comments:
Post a Comment