December 14, 2014

Tentang Sesuatu

Kata orang,mata selalu menipu
Dinampakkan yang tenang tenang
Dibayang yang indah indah
Mata hati pada jatuhnya cinta
kadang,apa yang zahir pada mata

Bukan nampak dalam jiwa.
terkadang hati juga tak mengerti apa yang bermain dalam fikiran
terkadang dia yang kita sangka cantik dimata bukan indah dihati
lumrah hidup

terkadang juga dia yang kita sayang
bukan kesayangan kita
pergantungan kita pada dia
Bukti ujian cinta
dan jika doamu itu dimakbulkan
fikirlah bahawa apa yang kita sayang 

bukan apa yang kita punya
mungkin DIA ada yang lebih baik
jadi melangkahlah dengan kuat dan bergeraklah dari situ
buka mata hati seluasnya
masih ada manusia dibumi yang menunggu mu saat kau jatuh dari langit

aku masih tetap disini,berpijak dibumi yang keras menyambut mu yang jatuh
wahai awan,jika kau dengarkan ini
sampaikan lah pada DIA yang MAHA Cinta
katakan padaNya aku mencari redhaNya
jika DIA izinkan ku menyambut dia
maka kuatkanlah aku dan dia
jika dengan dia menambah cinta rindu dan sayang pada DIA
maka mudahkanlah
tapi jika itu bukan izinMU maka susahkanlah

wahai laut,saksikanlah bahawa aku mencari cinta untuk dia kerana DIA

wahai angin,sampailah ucapan ini pada DIA

wahai DIA yang Maha Cipta,redhakanlah aku atas bumi yang dipijak ini.

0 comments:

 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design