June 06, 2010

Aku dan DIA

Usiaku semakin menginjak dewasa
dan ku tidak pasti adakah hidupku ini
telahku manfaatkan dengan sebaiknya
aku tahu aku cuma insan biasa
penuh dengan khilaf dan kebodohan
apa yang telah berlaku
biarkan sahaja berlaku
Ibrah dari segala yang ku lalui
mungkin akan membantuku 
menelusuri ranjau hidup yang belum pasti apa akhirnya
Ya Allah,kuatkan aku dijalan ini
walaupun ku tahu ku pernah kabur dariMU
jangan biar ia terjadi lagi
padaMU jua ju berserah
dan padaMU jualah sebaik-baik sandaran


0 comments:

 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design