June 19, 2010

untuk saya,kamu dan mereka


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. (2:233)
Bacalah al Quran dan terjemahannya dan carilah ketenangan di dalamnya. Sesungguhnya Quran lah ubat bagi penyakit di dalam dada, iaitu hati (10:57)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. (29:2-3)

Dan bahawa sesungguhnya, Dia-lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis (53:43)
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.(57:22-23)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.(66:8)

3 comments:

Akrom Shamsuri said...

suka post ini tahap syurga!!!!!

auni...he3 said...

tq akak...
sgt mengingatkan !!!
thp heaven..

dhiyaiman said...

am;suke jugak bile bedah quran n dapat ayat2 cmni....
adik syg:u r welcome...akk sedang belajar menjadi lebih baik dan bermanfaat utk adik2 akk...

 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design