April 30, 2012

30:21

Baitul Muslim. sesuatu yang sering dibicarakan. aku,pada mulanya hanya memandang enteng. kerana apa? kerana aku masih belum cukup yakin yang aku layak untuk mereka diseberang. dan mungkin juga BM itu bukan prioriti lagi untuk aku.
hanya yang difikirkan kala itu,hanyalah keluarga dan kerjaya serta masyarakat dunia. pada aku,seperti tiada beza. tapi setelah diperdengarkan nasihat dan teguran yang memang gila 'headshot',aku perlu fikirkan kembali. mungkin dahulu hanya aku yang perlu aku fikirkan. tapi sekarang,aku bersama ummah. jadi apa yang aku tindakan,bukan pilihan aku seorang. aku perlu fikirkan juga tentang yang lain. dan sampai bila yakin itu akan tiba jika sendiri sudah pandang rendah pada diri sendiri?
Dia ciptakan aku bukan suka-suka. aku punya tanggungjawab. tanggungjawab terhadap ummah. terhadap dunia yang semakin tenat. aku rasa aku kuat dahulu,tapi itu dahulu. sekarang bukan. aku perlu seorang yang mendukung aku saat aku jatuh,dan bersama aku saat aku bangun. demi ummah yang semakin tenat,aku perlu itu.
melihatkan itu,mampukah aku mencari seorang seperti abah? mampukah aku sekuat ummi? mampukah aku? mungkin sudah tiba masa aku memberi perhatian kepada matchmadefromheaven itu. dan sudah tiba masa untuk aku menjadi seorang Asma'.

"And among his signs is this: He created for you spouses from yourselves that you might find rest in them, and He ordained between you love and mercy." (30:21)

0 comments:

 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design