May 02, 2012

silap orang,salah sendiri

selalunya manusia itu lumrahnya akan lebih mudah mencari salah orang lain daripada menyedari salah sendiri. tapi persoalan disini,perlukah begitu? ya,manusia itu tak sempurna. sentiasa ada salah silap alpa. sentiasa kena tegur. sentiasa kena ada yang menegur. tapi itu bukan asbab untuk menjatuhkan seseorang. itu bukan caranya.

dalam penulisan Mustafa Masyhur dalam buku Fiqh Da'wah juga mengatakan dalam satu bab iaitu ;

'perbaikilah dirimu dan serulah orang lain'.

Pertama, Mustafa Masyhur menulis,dengan perkataan “dan”.bukan dengan perkataan “kemudian”.maksudnya,sebagai hamba,kita bukanlah seorang yg sempurna atau sangat baik untuk mengajak atau menyeru orang lain.Tetapi,kita mesti berusaha untuk memperbaiki diri kita sendiri sebaik mungkin.

tanggungjawab kita adalah menyeru orang lain dan dalam masa yang sama memperbaiki diri kita sendiri.Hal ini harus sehala perjalanannya dan bukan untuk kita menyeru orang lain tanpa memperbaiki diri sendiri.

mengapa kesalahan orang lain itu begitu senang dicari?. sedangkan pada hakikatnya, kesalahan sendiri itu mungkin lebih banyak. teguran itu penting. tapi bukankah Allah pernah berkata,

“wahai orang-orang yang beriman ! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Sangatlah dibenci Allah,jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan!!”
          As-Saff:2-3

jadi mengapa begitu senang menegur tapi teguran itu tidak dicerminkan kembali kepada kita? adalah mencari salah itu bertujuan untuk belajar dari salah atau hanya kesukaan melihat orang lain terasa kecil kerana mendapat teguran?

jadinya,sebelum mencari salah orang lain,bicara dahulu salah sendiri. kalau hendak menegur sekalipun,biarlah berhikmah. kalau dah niat menegur cuma untuk memalukan dan bukan untuk membetulkan ,hentikan lah budaya buruk itu. benar,manusia itu saling perlu tegur menegur. tapi perlu dengan caranya. bukan semua manusia sama. raikan kepelbagaian dan hargai perbezaan.

                                      Till then...........


0 comments:

 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design