May 30, 2012

Hamnah Binti Jahsh - "a woman with unintentional devotion"



예외가 아닌 헌신 가진 여자.



Dialah wanita yang mendukung perjuangan Musab bin Umair
Dialah wanita yang membantu memberi minum pejuang-pejuang Islam ketika dalam perang
Dialah wanita yang membalut dan mengubat luka mereka tentera Islam
Dialah satu-satunya Hamnah Binti Jahsh

ketaatannya pada Islam.kekuatannya dalam membantu tentera Islam dimedan perang.Dia jugalah penguat kepada peribadi mulia Musab bin Umair yang menjadi utusan Rasulullah S.A.W ke Madinah sebelum Hijrah berlaku.

Saat itu 7 Syawal tahun ketiga Hijriyah. Satu tahun telah berlalu sejak kemenangan kaum Muslimin di perang Badar. Kaum Muslimin kembali bersiap menghadapi peperangan yang akan berlangsung di Bukit Uhud. Diantara kaum Muslimin, sepasang suami isteri yang mulia juga tampak bersiap menghadapi perang tersebut. Mereka adalah Mush’ab bin Umair yang dikenal sebagai duta pertama umat Islam serta sang isteri, Hamnah binti Jahsy yang tak lain adalah saudara isteri baginda Rasulullah, Zainab binti Jahsy.
Tak hanya Hamnah, saudaranya juga iaitu Abdullah bin Jahsy juga bersiap menyongsong perang tersebut. Pada Allah, Abdullah melantunkan doa agar syahid pada perang ini.
Segeralah berangkat pasukan kaum Muslimin dipimpin oleh Rasulullah menuju Uhud untuk menghadapi pasukan kafir Quraisy yang dipimpin Abu Sufyan. Hamnah berada di barisan belakang bersama 13 orang wanita lain antaranya  Ummu Sulaim dan 'A'isyah. Tugas mereka adalah memberi minum pasukan kaum Muslimin yang sedang kehausan dan mengubati luka para anggota pasukan. Tidak beberapa lama, perang pun mulai berkecamuk, korban mulai berjatuhan dari kedua pasukan. Seorang sahabat bernama Mu’awiyah bin Ubaidullah bin Abi Ahmad bin Jahsy mengatakan,”Saya melihat dengan kedua mata saya Hamnah binti Jahsy memberikan air minum pada orang-orang yang kehausan dan mengobati anggota pasukan yang terluka.


"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada'. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim" (Aali Imran, 2:140) 

Uhud bukanlah satu kemenangan buat tentera muslimin, bahkan ramai dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W gugur sebagai syuhada'. Antaranya bapa saudara Hamnah, saudaranya, dan suaminya yang tercinta.

Pada saat kesedihan, Rasulullah SAW berkata kepadanya, "Wahai Hamnah! Bersabarlah" Hamnah bertanya, "Buat siapa wahai Rasulullah?" RasuluLlah menjawab, "Buat bapa saudaramu, Hamzah" Hamnah menjawab, "InnaliLlahi wa-inna ilayhi raji'un, selamatlah dia telah memperoleh syahadah."

Rasulullah bersabda lagi kepadanya, "Wahai Hamnah! Bersabarlah" 
Hamnah bertanya, "Buat siapa wahai RasuluLlah?" RasuluLlah menjawab, "Buat saudara lelakimu" Hamnah menjawab, "InnaliLlahi wa-inna ilayhi raji'un, selamatlah dia telah memperoleh syurga."

Akhirnya, RasuluLlah berkata lagi kepadanya, "Wahai Hamnah! Bersabarlah" Hamnah bertanya, "Buat siapa wahai RasuluLlah?". RasuluLlah menjawab, "Buat suamimu Mus'ab bin 'Umayr" .Hamnah menjerit mendengar jawapan RasuluLlah dan berpaling sambil menjawab,  "celakalah aku. untuk kesedihanku" 

"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka ucapkan; inna liLlahi wa-inna ilayhi raji'un. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (al-Baqarah, 2:126-127)

RasuluLlah SAW bersabda, "Sesungguhnya seorang suami itu bagi seorang isteri memiliki nilai dan kedudukan yang tidak dimiliki oleh orang lain."


Baginda bertanya selepas itu mengapa dia panik. Beliau berkata: " saya teringat bahawa anak-anaknya kini yatim dan saya panik." Musab ketika syahid itu dalam usia yang masih muda. Nabi kemudian berdoa untuknya dan mereka, menyebut dalam doanya supaya Allah Mengurniakan mereka dengan kebaikan-Nya dan memberi mereka murah hati.
Setelah semua berita duka itu,Hamnah tetap sebagai orang yang tabah dan sabar. Keimanan yang ditanam dan dibajai dalam diri Hamnah yang mampu membuatnya bertahan. Ia yakin bahwa anggota tubuh saudara dan suaminya lah yang akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak.

Hamnah kemudian berkahwin dengan Talhah ibn Ubaydillah, salah seorang daripada sepuluh sahabat nabi yang dijanjikan syurga.

Hamnah merupakan seorang yang tegar dan tetap bersabar dengan ujian Allah, namun ia tidak menghalangnya untuk terus mengikuti gerakan-gerakan jhad di jalan Allah. Beliau turut menyertai RasuluLlah di dalam peperangan Khaibar.

nota kaki :kecekalan dan kesabaran serta kekuatan itu,mampukah untuk aku contohi? mampu aku menerima kehilangan mereka yang aku sayangi? mampukah aku untuk berlapang dada dan menerima segala ketentuan yang sudah diaturkan untuk aku. Ya Rabb,tuntuni hati ini. kuatkan jiwa ini,agar aku kuat seperti Hamnah dan agar dia pemilik tulang rusukku ini sekuat dan setabah Musab Bin. Umair

0 comments:

 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design