May 28, 2011

nilai cinta

Untuk kamu yang bakal ku tinggalkan. Jaga diri elok-elok. Jangan risau. Allah akan jaga saya macam Allah jaga kamu. Saya tunggu berita gembira dari kamu bila saya pulang ya. Sayang kamu,rindu kamu,cinta kamu dan moga Allah redha atas kamu,atas kita dan atas semua hamba-hambaNya.

andainya kau menghayati
sejarah cinta yang sejati
pasti akan kau memahami
pesonanya bukanlah mimpi

kasih Rahmah tak bertepi
tika suami ditandang duga
rahsia tulus rindu Zulaikha
sabar menanti dalam setia
harapan menjelma

pasti jua(tiada lagi) hatimu akan bersilang tanya
wujudkah lagi cinta tanpa dusta dan nista
menafikan pepatah, cinta itu buta

sesungguhnya keimanan
yang menuntun langkah cinta
menuju redha
dilingkari keikhlasan
yang bersulam kejujuran
pasti akan terserlah kemurnian cinta

ingin aku mengulangi
sejarah cinta yang suci
bersamamu insan terpilih
menzahir makna cinta sejati
tak sekadar mimpi


May 25, 2011

......................

countdown : 4 hari

sepatutnya masa ini,aku sudah tenang. tenang dari manusia,tenang dari masalah. aku bakal bertemu dengan kekasih hati,pemilik nyawa. aku bakal bertandang ke rumahnya. sepatutnya perasaaan itu adalah perasaan yang bagus,perasaan yang gembira. tapi aku masih gundah gulana.sekali lagi,hatiku diuji. Allah,sungguh cinta itu sgt susah untuk dicari. dan benar,selagi aku gagal mencintaiMU sepenuh hati ku,cinta yang Kau beri itu tidak akan hadir dalam hidupku. aku rindu masa sibuk,kerana kala itu aku tidak akan terfikirkan ini.

sahabat,mohon didoakan agar hati ini tabah. kerana sekarang ini hati ini punah,hancur bak kaca yang pecah. hati ini sudah tidak tertanggung perit. hati ini sakit. dan sedang cuba diubati dengan ayat-ayat cintaNya. aku rindu usrah. aku rindu kekuatan mereka. aku rindu.

May 23, 2011

bulan mei

Wah! pejam celik,dah dua minggu aku cuti. Bulan mei penuh dengan suka duka. Sukanya sebab saya dilahirkan dalam bulan ini dan dukanya sebab peperiksaan akhir pun dalam bulan ini juga. Dan dalam dua minggu tu macam-macam berlaku. Terima kasih kepada insan-insan yang mengisi hidupku.

Sushi king
Terima kasih kepada yang membayar. Cadangnya cuma nak makan lamb chop kat kampung baru tapi rupanya kedai tu Cuma buka time malam. Jadi,ke KLCC nak makan aiskrim tapi rupanya kedai tu dah tutup. Alih-alih,ke sushi king sebab mereka sangat suka. Saya tak suka,tapi sebab kan mereka nak treat birthday,ikut sajalah. (tak sedap….Cuma ada sejenis dua yang boleh masuk dalam tekak. Ye,saya tekak orang kampung)


Usrah
yang ini memang tak boleh tinggal. saya ada dua usrah. Satu dengan remaja. Satu lagi dengan adik-adik IMR. Yang dengan remaja tu,sekali dengan adik-adik sekolah rendah dengan sekolah menengah. Best gila wa cakap lu. Sebab bergaul dengan adik-adik nie rasa diri muda sentiasa dan kita ada peluang untuk sampaikan ilmu kita pada generasi akan datang.kalau usrah dengan adik-adik IMR nie pun best sgt,sebab boleh x bayangkan bila engineer jumpa doktor(sort of la). Best sangat!! Ahad lepas,kitorg buat usrah yang terakhir sebelum adik-adik nie semua balik kampung. Ada lagi yang akan bertemu semester depan tapi ada juga yang dah kena posting. Best sebab dapat surat cinta. 9 keping semuanya.. best tak tahan wa cakap. 

Nangis kot baca. Depa kata saya suka senyum. Pelik,sebab saya bukan orang yang suka senyum sebenarnya. Tapi bila ada dengan depa,memang sangat best. Usrah kan keluarga,dan saya sangat gembira dengan keluarga saya. Moga ukhuwwah yang terjalin adalah untuk selamanya,insyaallah….^_^

Konvo
Nie makcik tersayang saya. Dia lah yang mengheret saya ke konvo. Konvo sangat bosan okeh. Sangat lama( tu sebab utama kenapa bosan). Nasiblah exam dah habis time tu,and hati tengah murni nak teman nenek tersayang( saya kan cucu tersayang…^_^). Tahniah la makcik sebab dah dapat segulung ijazah setelah 3 thn setengah dan 5 setengah menunggu. Bila mau belanja??

Umrah
Insyaallah kalau masih diberi nafas,satu keluarga termasuk nenek sebelah abah dan nenek sebelah ummi akan pergi sekali bersama-sama dengan rombongan pakcik-pakcik dan makcik-makcik kawan-kawan abah dan ummi. Sebelum pergi dah dapat task: kena jaga nenek. No hal lah!!. Doakan ya semoga segalanya dipermudahkan. Kami akan berangkat 30 mei jam 1 tgh hari (kot!)

Tu je kot buat masa nie. Macam dah penat bebel. Oh ya,dalam cuti nie dapat hobi baru. Baca novel. Haa,baru habis
i.                    Untuk kamu Teja Aulia
ii.                 [tunas]
iii.               aA +bB
dapat pulak terjemah tafsir Al-quran per kata. Terima kasih abah!!
So,macam mana dengan cuti korang pula?? 

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/asmaamran

Je suis à la recherche de l'amour

Di luar, hujan mula menurunkan cintanya pada bumi tuhan. Hijau biru ciptaanNYA. Aku cuma hamba yang tak punyai apa-apa, menagih kasih pada Maha Pencipta. Masih sendiri memikirkan nasib diri yang entah bila bakal dijemput kembali. Mengenang diri yang sudah tidak punya daya kalau bukan dengan izin dariNYA. Masih mencari erti hidup yang entah bila akan dijumpai. Nota cinta buat ku sudah diberi sejak dulu lagi. Nota cinta untuk DIA? Aku tidak pasti. Yang aku perlu, yang aku mahu, ditunaikan. Sekarang, aku mencari satu cinta yang entah bila sudahnya. Mungkin cinta ini jauh dari ku kerna cinta padaNYA pun aku masih tak tercapai. Aku punah, aku haru. Mana hujungnya cinta ini, aku sendiri tidak tahu. DIA cinta aku, tapi aku? Ya Rabbi, maafkan hambaMu ini. Kepingin mahu mencari cinta manusia, tapi cinta padaMU aku biarkan sahaja walaupun Kau selalu kirimkan cintaMU padaku. Ya Rabbi, kuatkan aku menghadapi cinta ini agar aku kuat untuk mencintai dia dalam kasih dan redhaMU. Wahai kekasih hati, terima kasih atas kasih sayang dan cintamu. Moga DIA cinta dan redha keatas kita. Moga kita dipertemukan atas cintaNYA. Wahai kekasih hati, cintailah DIA sepenuhnya dan cintaiku sekadarnya. Aku sentiasa disisi untuk dirimu dan DIA juga sentiasa menjaga kita. Dari itu, jagalah dirimu dan silalah bertebaran dibumi tuhan untuk mencari rahmatNYA. Aku disini akan menunggu dengan setia. Maafkan aku jika aku tidak seperti Khadijah, tidak sepetah Aisyah dan tidak sekuat Asma’. Aku Cuma insan biasa yang punya satu cinta, satu hati dan satu jasad. Moga Allah redha, dan moga mereka juga redha kerana itu yang sangat-sangat aku perlukan untuk meniti usia ku dengan mu.
 Wahai pemilik nyawaku, jika aku tidak lagi memberi faedah dibumiMu ini, matikanlah aku dan temukan aku dengan Allah dan Rasulku. Ampuni khilaf dan salahku, terimalah taubatku dan tempatkan aku dalam kalangan insan-insan yang Kau kasihi.
 Jika cinta itu tidak ku temui, damaikanlah hatiku Ya Rabbi.

Aku tahu inilah cintaMu
Aku tahu inilah kasihMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu


written on sunday,22 may 2011,2323

May 19, 2011

kita berbeza


Jika Tuhan mahu Dia boleh cipta
Kita semua sama langsung tiada yang berbeza
Tapi sebaliknya dia ciptakan
Tiap manusia pelbagai perbezaan
Sebagai ujian buat kita semua
Tinggal kita cari hikmahnya ada di mana
Moga jumpa jalan sebenar untuk ke sana
Kita sering tak sama
Rupa paras, minat, citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza
Kau suka ini dan itu
Aku mahu begini begitu
Banyak sisi dalam hidup
Yang kita berbeza
Dan itu semua
Tak semesti bisa jadi
Konflik yang membarah
Jika kita bisa tuk memahami
[Chorus]
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidupmu lebih warna warna
Jika perbezaan kita hargai
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidup berseri bak mentari
Jika kita semua bisa mengerti
Kita tak pernah sama
Rupa paras, minat, citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza
[Brigde]
Dan bila diuji
Keteguhan kita miliki
Sejauh manakah
Kita sinergikan kepelbagaian
[chorus]
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dengan lain
Hidup lebih warna warni
Jika perbezaan kita hargai
Beza kita 'tuk melengkapi
Antara satu dengan lain
Hidup berseri bak mentari
Jika kita semua bisa mengerti

May 18, 2011

the One

Life is full of suprises. It really does. Sometimes life can be so meaningful and sometimes we wish the moment never happen to us because life can be so hurtful. It happens to me all the time. And I thank Allah for those moments because the moment of pain and sorrow teach me how to be a human with feelings.
Ok, Allah creates us in pairs, right? Everyone will have their partners so that they will complete each other. It’s everyone dreams of finding their soulmate. It’s a universal quest. All over the world millions of people are looking for their true love, that one special person with whom they will spend the rest of their life.
And I’m no different.
Except it doesn’t happen for everyone. Some people spend their whole life searching for the ‘one’. As for me, the first love goes to Allah, who created me with such a perfect measurement. And sometimes I forget to show my love to Allah, neglect the ‘suruhan’ and always repeat the same mistake. Forgive me ya Allah for not being a good servant. Friends, do remind me constantly, please.
As for my other love, I don’t know. Absolutely no idea. When people ask me about marriage,all I can say is,” x jumpa jodoh lg” @ “x sempat nak fikir” @ just smile. Frankly, I’m tired to fall in love, I really do. Everytime I meant someone that I tought would be my other half,after a while I get to know him,I realize he’s not for me. I can read people’s mind (thank you Allah for this awesome gift, alhamdulillah). So, even I don’t talk @ see the person, I can always predict what’s the behaviour, what happen to his/her life before, and so much more. So, sometimes even he shows his good side, I always know what his not so good side is. And sometimes I pretend to ignore it and hoping he’s not behaving like what I predict. But then, it happens. And I get frustrated and sad.
Someone ones said to me; “you will always find the wrong person before you find the right one because Allah wants to test your patience and your ‘pergantungan diri’ towards HIM. And when you are ‘redha’ with all the wrong one, Allah will give you the right people that will stay with you till death do you apart”.
So guys,wish me luck on finding what’s right for me. Semoga Allah redha….
           

May 06, 2011

kadang-kadang,kita kna paksa diri kita buat benda yg kita tak suka. sebab kadang-kadang benda yg kita tak suka tu la yg sebenarnya terbaik utk kita.



alhamdulillah,masih diberi peluang bernafas dan memperbaiki diri. syukur masih punya waktu utk aku buktikan aku bukan sampah yang Allah jadikan utk cemarkan bumi tuhan,tapi sebaliknya memakmurkan. terima kasih atas doa dan ucapan kalian. amat-amat perlukan disaat diri terdesak untuk mencari erti hidup. 




baik,ke cerita asal. aku bukan seorang yang sukakan perubahan. kind of yg suka stick to the same routine. [teruk] kalau berubah pun,bukan sikit2,terus 360 darjah [ye,aku bukan org yg sabar]. tapi hari ini,aku terima perubahan itu. and like i said,Sometimes, we forced ourselves bound for the things we do not like to do, because sometimes the things that we do not like things are the things that are really best for us. terima kasih kepada yang memaksa,terima kasih kepada yang membayar dan terima kasih kepada yang menunggu dengan penuh sabar.




Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.[2:216]







p/s : selamat menghadapi peperiksaan pada mereka. usaha sudah,ikhtiar sudah,sekarang berserah dan bertawakal semoga Allah berikan yg terbaik utk kita setimpal dengan usaha dan ikhtiar kita. jika apa yang kamu dapat tidak seperti yg kamu mahu,maka bersyukurlah kerana Allah masih sygkan kamu dan kerana itu kamu diuji...senyumlah..^_^



 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design