May 23, 2011

Je suis à la recherche de l'amour

Di luar, hujan mula menurunkan cintanya pada bumi tuhan. Hijau biru ciptaanNYA. Aku cuma hamba yang tak punyai apa-apa, menagih kasih pada Maha Pencipta. Masih sendiri memikirkan nasib diri yang entah bila bakal dijemput kembali. Mengenang diri yang sudah tidak punya daya kalau bukan dengan izin dariNYA. Masih mencari erti hidup yang entah bila akan dijumpai. Nota cinta buat ku sudah diberi sejak dulu lagi. Nota cinta untuk DIA? Aku tidak pasti. Yang aku perlu, yang aku mahu, ditunaikan. Sekarang, aku mencari satu cinta yang entah bila sudahnya. Mungkin cinta ini jauh dari ku kerna cinta padaNYA pun aku masih tak tercapai. Aku punah, aku haru. Mana hujungnya cinta ini, aku sendiri tidak tahu. DIA cinta aku, tapi aku? Ya Rabbi, maafkan hambaMu ini. Kepingin mahu mencari cinta manusia, tapi cinta padaMU aku biarkan sahaja walaupun Kau selalu kirimkan cintaMU padaku. Ya Rabbi, kuatkan aku menghadapi cinta ini agar aku kuat untuk mencintai dia dalam kasih dan redhaMU. Wahai kekasih hati, terima kasih atas kasih sayang dan cintamu. Moga DIA cinta dan redha keatas kita. Moga kita dipertemukan atas cintaNYA. Wahai kekasih hati, cintailah DIA sepenuhnya dan cintaiku sekadarnya. Aku sentiasa disisi untuk dirimu dan DIA juga sentiasa menjaga kita. Dari itu, jagalah dirimu dan silalah bertebaran dibumi tuhan untuk mencari rahmatNYA. Aku disini akan menunggu dengan setia. Maafkan aku jika aku tidak seperti Khadijah, tidak sepetah Aisyah dan tidak sekuat Asma’. Aku Cuma insan biasa yang punya satu cinta, satu hati dan satu jasad. Moga Allah redha, dan moga mereka juga redha kerana itu yang sangat-sangat aku perlukan untuk meniti usia ku dengan mu.
 Wahai pemilik nyawaku, jika aku tidak lagi memberi faedah dibumiMu ini, matikanlah aku dan temukan aku dengan Allah dan Rasulku. Ampuni khilaf dan salahku, terimalah taubatku dan tempatkan aku dalam kalangan insan-insan yang Kau kasihi.
 Jika cinta itu tidak ku temui, damaikanlah hatiku Ya Rabbi.

Aku tahu inilah cintaMu
Aku tahu inilah kasihMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu


written on sunday,22 may 2011,2323

0 comments:

 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design