June 01, 2012

The Road Taken

Jalan hidup takkan pernah lurus, pasti ada salah.. Lewati segalanya.. Tapi Tuhan..tak pernah berhenti.. Membuka jendela maaf untuk kita.. ~Jalan Masih Panjang-Edcoustic~

manusia,penuh dengan khilaf. tiada yang sempurna kerana sempurna itu hanya milik DIA. tapi ketidaksempurnaan itu bukan sebab untuk terus-terusan berbuat salah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Seorang mukmin itu tidak akan disengat kala pada lubang yang sama sebanyak dua kali.”
mungkin salah itu terbuat kerana jahilnya dia. maka,bantu lah. itu yang selayaknya. bukan menghukum,bukan juga mentafsir.dia perlukan kebenaran.

semua orang buat silap.sedangkan nabi yang maksum itu pun bangun malam memohon ampun dari DIA,inikan pula kita yang masih terumbang ambing mencari dalam dunia yang sudah kehabisan usia.

Kata Hilal,
Semua orang punya kesalahan masing-masing. Ada dosanya masing-masing. Bezanya hanyalah pada level berbuat dosa.
Ada orang mungkin berbuat dosa kerana kejahilannya. Ada orang berbuat dosa dalam keadaan sudah mengetahui dan menyedarinya.

Contoh yang mudah, level seorang ulama’ yang berzina dengan seorang rakyat jalanan yang berzina, sudah pastinya tidak sama, bukan?

Seorang ulama’ dalam keadaan dia sudah mengetahui hukum hakam, mengetahui halal dan haram, sudah tentulah sesuatu yang berat jika dia terlibat dalam dosa-dosa besar yang dia sendiri sudah mengetahuinya.

Seorang rakyat jalanan, yang barangkali Allah pun tidak pernah dikenalinya, maka dosa zina yang dilakukannya itu walaupun berat, tetapi sebenarnya tidak sama berat dengan dosa zina yang dilakukan oleh ulama’ yang lebih mengetahui daripada dirinya tadi.

Maka, tidak padanlah kalau kita menghukum semua orang dengan amal yang kita nampak secara zahir itu saja. Kita tidak pernah tahu keadaan hatinya bagaimana.

Barangkali, dia inginkan kepada kebenaran. Cuma tidak ada yang menunjuk dan membimbingnya menyebabkan dia jauh daripada kebenaran dan terjatuh dalam dosa.

Makanya,muhasabahlah diri. Hidup ini perlu dirancang. walaupun Allah punya rencanaNya sendiri,kita sebagai hamba perlu juga merancang. perlu berusaha untuk ikhtiar hidup agar nanti tawakal pada DIA tak terasa berat.  Bersama manusia, ada masa. Masa ini tidak akan dapat dikembalikan. Kurang mujahadah dalam muhasabah dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama, maka dia telah kehilangan masa-masanya yang berharga.
 Allah SWT berfirman : “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.” (Surah Al-Asr, ayat 1-2)

Inilah kerugian yang nyata. “Katakanlah : Sesunggguhnya orang yang rugi itu adalah mereka yang merugikan diri mereka dan keluarga mereka di akhirat.” (Surah Az-Zumar, ayat 15)


Bukankah dunia ini ladang akhirat? Di sini kita menanam, di sana kita menuai? Maka rugi di sini, maka di akhirat sana juga menanti hasilan kerugiannya. Bagaimana? Hendak mewujudkan dua mata ini dalam kehidupan? Atau memilih untuk tidak melakukan apa-apa peningkatan?

May 31, 2012

aku dan korea

nak tahu satu rahsia?aku lagi senang di korea.kenapa?sebab korea banyak mengajar aku. korea dan isinya benar mengubah aku.menjadi lebih baik dari diriku sebelumnya.
aku senang walaupun dalam susah.sebab susah itu mengajar erti hidup.susah memang susah.tanpa abah dimata. tanpa ummi disisi. tapi itu menguatkan aku. menjadikan aku aku sekarang.terima kasih atas hadiah ujian ini ya Allah.

Life doesn't get easier, you just get stronger

betul apa orang kata.kalau nak menjadi yang luar biasa, harus keluar dari kelompok yang biasa. sebab yang luar dari biasa akan menghasilkan yang luar biasa. kalau Allah bagi,aku seperti mahu abah dan ummi dan una dan auni dan nisa juga kesini. Islam itu asing disini tapi firasat aku mengatakan sebaliknya. semoga hidayah Allah menjadi milik mereka.
saat ini,menghitung hari untuk pulang. sebak,sebab rasanya belum cukup waktuku disini.
aku pasti merindui suasana ini. suasana asing yang menenangkan.

till then,doakan saya kuat.

kuat seperti pepohon mengharungi empat musim.

ini yang menguatkan aku.
ayat cinta Tuhan.


May 30, 2012

Hamnah Binti Jahsh - "a woman with unintentional devotion"



예외가 아닌 헌신 가진 여자.



Dialah wanita yang mendukung perjuangan Musab bin Umair
Dialah wanita yang membantu memberi minum pejuang-pejuang Islam ketika dalam perang
Dialah wanita yang membalut dan mengubat luka mereka tentera Islam
Dialah satu-satunya Hamnah Binti Jahsh

ketaatannya pada Islam.kekuatannya dalam membantu tentera Islam dimedan perang.Dia jugalah penguat kepada peribadi mulia Musab bin Umair yang menjadi utusan Rasulullah S.A.W ke Madinah sebelum Hijrah berlaku.

Saat itu 7 Syawal tahun ketiga Hijriyah. Satu tahun telah berlalu sejak kemenangan kaum Muslimin di perang Badar. Kaum Muslimin kembali bersiap menghadapi peperangan yang akan berlangsung di Bukit Uhud. Diantara kaum Muslimin, sepasang suami isteri yang mulia juga tampak bersiap menghadapi perang tersebut. Mereka adalah Mush’ab bin Umair yang dikenal sebagai duta pertama umat Islam serta sang isteri, Hamnah binti Jahsy yang tak lain adalah saudara isteri baginda Rasulullah, Zainab binti Jahsy.
Tak hanya Hamnah, saudaranya juga iaitu Abdullah bin Jahsy juga bersiap menyongsong perang tersebut. Pada Allah, Abdullah melantunkan doa agar syahid pada perang ini.
Segeralah berangkat pasukan kaum Muslimin dipimpin oleh Rasulullah menuju Uhud untuk menghadapi pasukan kafir Quraisy yang dipimpin Abu Sufyan. Hamnah berada di barisan belakang bersama 13 orang wanita lain antaranya  Ummu Sulaim dan 'A'isyah. Tugas mereka adalah memberi minum pasukan kaum Muslimin yang sedang kehausan dan mengubati luka para anggota pasukan. Tidak beberapa lama, perang pun mulai berkecamuk, korban mulai berjatuhan dari kedua pasukan. Seorang sahabat bernama Mu’awiyah bin Ubaidullah bin Abi Ahmad bin Jahsy mengatakan,”Saya melihat dengan kedua mata saya Hamnah binti Jahsy memberikan air minum pada orang-orang yang kehausan dan mengobati anggota pasukan yang terluka.


"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada'. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim" (Aali Imran, 2:140) 

Uhud bukanlah satu kemenangan buat tentera muslimin, bahkan ramai dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W gugur sebagai syuhada'. Antaranya bapa saudara Hamnah, saudaranya, dan suaminya yang tercinta.

Pada saat kesedihan, Rasulullah SAW berkata kepadanya, "Wahai Hamnah! Bersabarlah" Hamnah bertanya, "Buat siapa wahai Rasulullah?" RasuluLlah menjawab, "Buat bapa saudaramu, Hamzah" Hamnah menjawab, "InnaliLlahi wa-inna ilayhi raji'un, selamatlah dia telah memperoleh syahadah."

Rasulullah bersabda lagi kepadanya, "Wahai Hamnah! Bersabarlah" 
Hamnah bertanya, "Buat siapa wahai RasuluLlah?" RasuluLlah menjawab, "Buat saudara lelakimu" Hamnah menjawab, "InnaliLlahi wa-inna ilayhi raji'un, selamatlah dia telah memperoleh syurga."

Akhirnya, RasuluLlah berkata lagi kepadanya, "Wahai Hamnah! Bersabarlah" Hamnah bertanya, "Buat siapa wahai RasuluLlah?". RasuluLlah menjawab, "Buat suamimu Mus'ab bin 'Umayr" .Hamnah menjerit mendengar jawapan RasuluLlah dan berpaling sambil menjawab,  "celakalah aku. untuk kesedihanku" 

"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka ucapkan; inna liLlahi wa-inna ilayhi raji'un. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (al-Baqarah, 2:126-127)

RasuluLlah SAW bersabda, "Sesungguhnya seorang suami itu bagi seorang isteri memiliki nilai dan kedudukan yang tidak dimiliki oleh orang lain."


Baginda bertanya selepas itu mengapa dia panik. Beliau berkata: " saya teringat bahawa anak-anaknya kini yatim dan saya panik." Musab ketika syahid itu dalam usia yang masih muda. Nabi kemudian berdoa untuknya dan mereka, menyebut dalam doanya supaya Allah Mengurniakan mereka dengan kebaikan-Nya dan memberi mereka murah hati.
Setelah semua berita duka itu,Hamnah tetap sebagai orang yang tabah dan sabar. Keimanan yang ditanam dan dibajai dalam diri Hamnah yang mampu membuatnya bertahan. Ia yakin bahwa anggota tubuh saudara dan suaminya lah yang akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak.

Hamnah kemudian berkahwin dengan Talhah ibn Ubaydillah, salah seorang daripada sepuluh sahabat nabi yang dijanjikan syurga.

Hamnah merupakan seorang yang tegar dan tetap bersabar dengan ujian Allah, namun ia tidak menghalangnya untuk terus mengikuti gerakan-gerakan jhad di jalan Allah. Beliau turut menyertai RasuluLlah di dalam peperangan Khaibar.

nota kaki :kecekalan dan kesabaran serta kekuatan itu,mampukah untuk aku contohi? mampu aku menerima kehilangan mereka yang aku sayangi? mampukah aku untuk berlapang dada dan menerima segala ketentuan yang sudah diaturkan untuk aku. Ya Rabb,tuntuni hati ini. kuatkan jiwa ini,agar aku kuat seperti Hamnah dan agar dia pemilik tulang rusukku ini sekuat dan setabah Musab Bin. Umair

May 02, 2012

silap orang,salah sendiri

selalunya manusia itu lumrahnya akan lebih mudah mencari salah orang lain daripada menyedari salah sendiri. tapi persoalan disini,perlukah begitu? ya,manusia itu tak sempurna. sentiasa ada salah silap alpa. sentiasa kena tegur. sentiasa kena ada yang menegur. tapi itu bukan asbab untuk menjatuhkan seseorang. itu bukan caranya.

dalam penulisan Mustafa Masyhur dalam buku Fiqh Da'wah juga mengatakan dalam satu bab iaitu ;

'perbaikilah dirimu dan serulah orang lain'.

Pertama, Mustafa Masyhur menulis,dengan perkataan “dan”.bukan dengan perkataan “kemudian”.maksudnya,sebagai hamba,kita bukanlah seorang yg sempurna atau sangat baik untuk mengajak atau menyeru orang lain.Tetapi,kita mesti berusaha untuk memperbaiki diri kita sendiri sebaik mungkin.

tanggungjawab kita adalah menyeru orang lain dan dalam masa yang sama memperbaiki diri kita sendiri.Hal ini harus sehala perjalanannya dan bukan untuk kita menyeru orang lain tanpa memperbaiki diri sendiri.

mengapa kesalahan orang lain itu begitu senang dicari?. sedangkan pada hakikatnya, kesalahan sendiri itu mungkin lebih banyak. teguran itu penting. tapi bukankah Allah pernah berkata,

“wahai orang-orang yang beriman ! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Sangatlah dibenci Allah,jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan!!”
          As-Saff:2-3

jadi mengapa begitu senang menegur tapi teguran itu tidak dicerminkan kembali kepada kita? adalah mencari salah itu bertujuan untuk belajar dari salah atau hanya kesukaan melihat orang lain terasa kecil kerana mendapat teguran?

jadinya,sebelum mencari salah orang lain,bicara dahulu salah sendiri. kalau hendak menegur sekalipun,biarlah berhikmah. kalau dah niat menegur cuma untuk memalukan dan bukan untuk membetulkan ,hentikan lah budaya buruk itu. benar,manusia itu saling perlu tegur menegur. tapi perlu dengan caranya. bukan semua manusia sama. raikan kepelbagaian dan hargai perbezaan.

                                      Till then...........


April 30, 2012

30:21

Baitul Muslim. sesuatu yang sering dibicarakan. aku,pada mulanya hanya memandang enteng. kerana apa? kerana aku masih belum cukup yakin yang aku layak untuk mereka diseberang. dan mungkin juga BM itu bukan prioriti lagi untuk aku.
hanya yang difikirkan kala itu,hanyalah keluarga dan kerjaya serta masyarakat dunia. pada aku,seperti tiada beza. tapi setelah diperdengarkan nasihat dan teguran yang memang gila 'headshot',aku perlu fikirkan kembali. mungkin dahulu hanya aku yang perlu aku fikirkan. tapi sekarang,aku bersama ummah. jadi apa yang aku tindakan,bukan pilihan aku seorang. aku perlu fikirkan juga tentang yang lain. dan sampai bila yakin itu akan tiba jika sendiri sudah pandang rendah pada diri sendiri?
Dia ciptakan aku bukan suka-suka. aku punya tanggungjawab. tanggungjawab terhadap ummah. terhadap dunia yang semakin tenat. aku rasa aku kuat dahulu,tapi itu dahulu. sekarang bukan. aku perlu seorang yang mendukung aku saat aku jatuh,dan bersama aku saat aku bangun. demi ummah yang semakin tenat,aku perlu itu.
melihatkan itu,mampukah aku mencari seorang seperti abah? mampukah aku sekuat ummi? mampukah aku? mungkin sudah tiba masa aku memberi perhatian kepada matchmadefromheaven itu. dan sudah tiba masa untuk aku menjadi seorang Asma'.

"And among his signs is this: He created for you spouses from yourselves that you might find rest in them, and He ordained between you love and mercy." (30:21)

April 24, 2012

.

tunggu. ada sesuatu yang perlu dikongsi. nanti

April 13, 2012

can i just be myself?

seriously i am tired with all this hypocrisy

April 08, 2012

some people just dont understand

hujung minggu dihabiskan dengan mengembara. kali ini Seoul tempat tujuan. memenuhi kehendak mereka. berat sebenarnya menuju ini. hati seakan kurang senang. tapi bak kata Wawan,"ikutkan aje". Jadi Seoul lah tempat tujuan

pada dasar mungkin,aku seronok tapi sebenarnya jujur aku tak. kenapa? aku pun tak tahu. setelah hati dipujuk dan akal berfikir,senyuman diukir. biarlah apa yang hati ini berkata,asalkan mereka bahagia. dan mereka terlihat bahagia,dan cukup itu bagi aku. 

 han river

 parit yang orang suka jalan-jalan

 breakfast
 Deoksugung Palace







 kawaii :)

bayang bayang

minggu depan,ke Inha pula. ISK menunggu bersama mereka yang saya cinta. 
mungkin ada sesetengah orang yang rasa Usrah nie boleh main skip2,macam solat jumaat. sebab solat jumaat boleh skip kalau ada keuzuran. tapi bukan aku. usrah itu penting bagi aku. sebab itu yang menguatkan aku. itu yang menjadikan aku ini aku. mungkin sepanjang perjalanan,ada pasang surut,ada salah silap. tapi itukan sebahagian dari tarbiyah. sebahagian daripada apa yang menguatkan aku untuk terus menjadi khalifah yang Dia beri tanggungjawab. sedangkan Rasul pun bersusah payah,inikan pula aku yang cuma perlu berkorban sedikit daripada apa yang dipinjamkan pada aku. yes,some people just dont understand. but hey,i am not born to please you. i am not here to be as same as you are. i have my own way and you have yours. so,please dont compare and please dont assume that mine is same as yours,because IT IS NOT THE SAME. NOT EVEN CLOSE. 

April 05, 2012

si pemberi (pemberian)

walaupun cuma seketika,cinta dan kasih itu akan terjalin selamanya. sebab apa? sebab cinta dan kasih itu datang dari Dia yang maha Cipta. Ukhuwwah itu indah,bila bertemu dan berpisah kerana Allah

untuk si comel Attiya Mokhtar,

semoga awak sentiasa kuat seperti kuatnya laut menahan ombak yang menghempas pasir.

semoga awak tabah setabah pohon yang berdiri teguh mengharungi musim sejuk.

semoga awak bijak seperti bijaksananya burung-burung yang terbang dalam satu pasukan tetapi tidak pernah bertembung antara satu dengan lainnya.

semoga awak sentiasa dalam rahmat dan redha Dia sebagaimana Dia menyayangi dan sentiasa mengingati awak dalam setiap mehnah yang Dia beri untuk menunjukkan betapa kasihnya Dia pada kita.

Awak kuat sebab awak bagi saya kekuatan.

Walaupun singkat,harapnya semoga ia berterusan.

terima kasih sebab bagi lagu yang sangat sweet. :)
semoga kita bertemu lagi. 사랑해요 lillahi taala <3

p/s ; patutlah dia sangat suka memberi. itu maksud Attiya. si pemberi

April 01, 2012

Kotak Hati

Kotak Hati - Hujan

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

p/s : coretan Hujan bukan untuk kekasih hati. tapi untuk mereka yg cinta Ilahi. kangen bangat kalian. terima kasih kerana hadir disaat diri ini butuh peneman bicara. biarpun seketika ataupun untuk selamanya. kalian sentiasa dirindui. 


 mereka yang sangat dekat dihati


picture of a thousand words

alkisahnya terbang ke bumi Korea Selatan. Motif asal mahu belajar tentang bumi asing. tika was-was datang,orang yang menyayangi menguatkan diri. banyak belajar dan mengajar. jadi,biarlah keping-keping gambar menceritakan segalanya
 the leaves survived the winter




 SMU concert Hall.
 the lake. sesuatu yang menenangkan.








 kaki ini akan terus melangkah dengan izinNYA




Namsan Tower.

cant wait to meet the OSEM people. banyak mahu belajar dari kekuatan mereka. semoga aku juga kuat.

February 08, 2012

Love and Hate

Manusia dan cinta. Itu lumrah. Aku juga manusia.
Aku juga punya hati untuk merasa dan punya akal untuk berfikir. Untuk aku yang diberi tarbiyah,aku banyak belajar.

Cinta DIA itu yang paling utama. 


Untuk mereka yang lain,mungkin cinta manusia itu mudah.
Tapi bukan aku. Kerana hati ini dirasakan cinta DIA itu sangat penting. Maafkan aku wahai kamu kerana tidak mudah menerima. Bukan memilih,tapi diri ini perlukan kamu yang dekat dengan DIA. Bukan menghakim,bukan juga mentafsir. DIA juga yang menjadikan cinta dan mencampakkan cinta. Tapi jika DIA tidak mengizinkan,intan permata laut bergelora pun takkan dapat mengubah segala. Aku masih punya cinta. Tapi cinta ini ku harapkan dijatuhkan pada kamu yang punya cinta pada DIA.

Jika kamu pasti cinta kamu dapat memberikan Cinta DIA, maka aku dengan redha terima. Tapi jika cinta kamu hanya untuk kamu dan bukan untuk DIA,maaf. Aku mencari redha DIA. perjalanan hidup ini mengajar aku meletakkan DIA dahulu sebelum kamu. Kisah silam yang berlaku mengajar aku memilih cinta. Maafkan aku wahai kamu. Semoga kamu sentiasa dalam jagaan DIA.

Ya Allah,jika benar dia yang terbaik untukku dalam menegakkn agamaMu,maka permudahkanlah. Tapi jika dia bukan pemilik cinta,hantarkan dia jauh dariku dan permudahkan urusan dia dalam mencari cintaMu.
posted from Bloggeroid

January 06, 2012

Back

Hidup kadang kalau terasa tidak adil. Ada yang merungut,ada yang menangis. Tapi Allah kan dah janji ujian untuk hamba yg disayangiNya? Aku hambaNya dan aku.bersyukur atas ujianNya. Aku juga bersyukur punya abah untuk menguat,punya ummi untuk memeluk,punya adik untuk menyatu,punya sahabat untuk menyentuh. Sesungguhnya semua itu punya Allah dan aku sangat beruntung dapat meminjam semua itu dari Dia. Sekalung penghargaan untuk mereka. Ikhwah akhawat K-UM yg sentiasa menyabar menyantun,adik2 MHi yg hebat,MHi 09 yg osem. MHi 10 yg mengajar erti dewasa. Abg K,kak asma',cik filzah,petak riang kak anfaal, bulatan gembira farhana. Saat ini sangat rindu kalian. Terima kasih
 

人生は旅だ Template by Ipietoon Cute Blog Design